Facebook Twitter Delicious Stumble Upon
Showing posts with label Sifat Mahmudah. Show all posts
Showing posts with label Sifat Mahmudah. Show all posts
1 comments

Kisah Loo Jo Yee


Dalam kesesatan remaja-remaja Islam masa kini, tiba-tiba muncul seorang remaja perempuan yang menaikkan nama Islam di Malaysia. Penghijrahannya masuk kedalam agama Islam adalah suatu yang agak istimewa. Loo Jo Yee, berbangsa cina, berasal dari Perak, dan berumur 18 tahun, telah mendapat hidayah Allah s.w.t  untuk memeluk agama Islam, walaupun pada asalnya dia adalah seorang yang kuat menentang Islam... Luangkan masa untuk mendengar kisah Loo Jo Yee.... semoga mendapat manfaat yang berguna.



kepada Loo Jo Yee, Teruskan Dakwahmu, jangan gentar dengan cabaran, dan jangan pernah menyerah...
0 comments

Patutkah Berkahwin Awal?



Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi)

Kahwin awal bukan satu masalah. Mari lihat persoalan-persoalan yang selalu menerjah di kepala anak-anak muda yang fitrahnya terhalang atas sebab-sebab tertentu.

1. Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu pelajaran?

Siapa cakap kahwin waktu sedang belajar mengganggu? Salah tanggapan tu. Sepatutnya, kahwin awal lebih memberi kita semangat yang membara. Yelah, sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita, mesti la lagi bersemangat mau belajar kan? Lagi satu, orang yang sudah kahwin ni akan berasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab mereka tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan berusaha untuk buat yang terbaik bagi pasangan mereka. Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita saja sebagai contoh. Sudah kahwin, tapi adakah mengganggu kerja mereka? Tidak kan?

2. Saya masih belajar, macam mana mahu bagi nafkah pada isteri kalau belum ada kerja?

Saya tahu ramai antara kita yang masih belajar, dan ramai yang meminjam dapat elaun biasiswa. Saya beranggapan pasangan yang ingin dikahwini jugak masih study Jadi ia bermakna dua-dua masih dapat hidup dengan wang yang asas tu. Jadi, sementara masih belum ada kerja, suami berilah nafkah yang termampu kepada isteri. Mungkin $25 atau $50 sebulan? Bergantung kepada berapa banyak isteri gunakan untuk makan. Lagipun, isteri jugak ada wang, jadi tak perlu rasa ada masalah di situ. Yang penting dua-dua masih dapat hidup. Lain la kalau isteri demand kereta, rumah, rantai emas, baju berlambak-lambak, dan macam-macam lagi. Jadi, sepatutnya tiada masalah dalam bab nafkah. Cuba kita tengok orang Arab zaman Nabi dulu. Adakah kebanyakan daripada mereka orang berharta? Tidak. Mereka cuma mampu memberi isteri makan makanan setakat yang mereka mampu beri. Itu pun sudah mencukupi untuk dijadikan nafkah. Nabi tak larang pun orang miskin berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang sebagai penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah. Berdosa.

Firman Allah: Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (An-Nur:32)

3. Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan?

Apa perkara asas dalam kahwin? Ya, akad nikah dan walimatul urus. Merisik dan bertunang tu bukan wajib pun. Jadi, potong kos seperti bagi hantaran waktu merisik dan bertunang, sudah jimat wang. Waktu akad nikah pun, jemputlah keluarga terdekat dengan kawan-kawan saja yang dapat datang. Berdosa bila tidak menghadiri jemputan walimatul urus. Jadi, jimat sikit kos kenduri. Buang wang saja sewa pelamin, sewa baju pengantin, sewa jurukamera dengan mak andam semua tu kerana ia termasuk dalam hal-hal yang sia-sia. Mas kahwin pun tidak perlu tinggi-tinggi kerana sebaik-baik magar adalah yang paling rendah. Mudah saja majlis perkahwinan dalam agama Islam. Tidak sampai puluh ribu pun.

Sabda Rasulullah s.a.w: Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya. (H.R. Thabrani)

4. Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin?

Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar semakin meningkat, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh elak daripada fitnah dan maksiat, kahwin la. Itu maksudnya, kahwin memang perlu di usia muda. Benda yang baik, jangan dilambatkan. Takut kelak bertukar menjadi benda yang tidak baik. Cuba bayangkan anda ada pasangan yang disukai. Kan bagus kita cepatkan benda yang baik dengan berkahwin terus. Tapi kalau kita melambatkan perkahwinan yang bagus itu, mungkin kita akan terjerumus ke lembaah maksiat. Kenapa kita boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Tanya diri, jagalah iman.

Sabda Rasulullah s.a.w: Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi. (H.R. Tirmidzi dan Ahmad)

5. Bersediakah saya untuk kahwin awal?

Ini soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri. Tanya dulu soalan asas ni. Sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam? Bertanggungjawab sudahkah saya? Adakah saya panas baran atau penyabar? Adakah saya seorang yang bercakap menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di lutut? Pendek kata, ada banyak soalan spesifik yang boleh ditanya kepada diri sendiri. Walau apa pun jawapan dia, ini nasihat saya. Sentiasalah perbaiki diri dan mantapkan diri. Orang yang sudah berkahwin dan sedang belajar solat lebih baik berbanding orang yang sudah kahwin dan pandai solat tapi tidak amalkannya lepas kahwin. Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah yang paling bersedia sebenarnya.

6. Macam mana dengan restu ibu bapa?

Ya, ini la benda paling susah bila mahu kahwin awal. Faktor penghalang paling utama. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik kepada ibu bapa dan mereka faham, insyaAllah tiada masalah untuk berkahwin awal. Tapi kalau ibu bapa kita susah mahu terima sebab fikiran mereka masih terikat dengan fikiran tipikal masyarakat Melayu sekarang ni yang lebih terpengaruh kepada adat dan cerekarama di tv semata-mata, serta pemikiran risau akan tak cukup wang nak sara anak dara orang, sudah tentu mereka tidak akan terima setiap hujah yang diberikan seperti di atas. Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik untuk mereka yang mahu kahwin awal supaya cepat bertemu jodoh. Ingat, bila seseorang itu berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah, maka terbukalah segala pintu rezeki untuknya. Lihat, betapa banyaknya kelebihan kahwin awal. Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu susah sangat.

Umar bin al-Khattab r.a telah berkata: Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka. (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)

Nasihat saya untuk golongan-golongan yang sedang hangat bercinta tu, sebaiknya kahwinlah awal. Lebih banyak kelebihan kahwin awal berbanding kahwin lambat. Tapi semua itu pilihan masing-masing juga. Mudah-mudahan setiap pilihan yang kita buat adalah yang terbaik dan dirahmati Allah. InsyaAllah.

Rasulullah s.a.w bersabda: Siapa yang benci dengan cara hidup (sunnah) ku maka dia tidak termasuk golonganku. (H.R. Bukhari dan Muslim)
 — 





p/s: Daripada korang pi sambut valentine yang boleh membawa maksiat, lebih baik kahwin daripada sambut hari haram itu.
0 comments

Nilai Islam Dalam Angry Birds



ANGRY BIRDS

Apa yang best sangat game ni?

Cam simple je, game berkaitan burung-burung yang marah kepada babi-babi berwarna hijau yang mencuri telur mereka.

Sedar tak kita...

Jawapannya sebab....

Angry Birds....

dipenuhi dengan nilai-nilai dan prinsip-prinsip sebuah gerakan Dakwah Islamiyah

1) Jihad dan Tadhiyyah (Pengorbanan) 

Antara ciri yang paling power pasal Angry Birds ni, sebab burung-burung yang marah tu semuanya sanggup berkorban; menyerahkan jiwa dan tubuh mereka untuk mencapai matlamat mereka iaitu menghapuskan babi-babi hijau yang suka tersengih jika masih hidup di akhir permainan. Mungkin yang merah, biru dan hijau hanya sanggup mencederakan diri sendiri.

Tapi bagaimana dengan yang hitam dan putih? Yang hitam sanggup meletupkan dirinya sendiri! Yang putih pula? Sanggup mengorbankan anaknya!

Itu bukanlah satu pengorbanan yang senang; menghantar anak yang masih dalam telur ke medan jihad. Segala-galanya untuk mencapai satu matlamat; menjatuhkan tembok-tembok jahiliyah yang kukuh, untuk menghapuskan babi-babi hijau itu selama-lamanya... terutamanya ketua mereka yang memakai mahkota emas.

"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin itu diri mereka dan harta mereka dengan memberikan kepada mereka syurga..." (At-Taubah 9:110)

2) Amal Jamaie 

Dalam nak meruntuhkan tembok-tembok jahiliyah yang begitu kukuh, burung-burung yang marah itu tidak bertindak secara berseorangan, malahan mereka tidak akan mampu meruntuhkannya jika bertindak secara berseorangan. Maka mereka bersatu, bersatu tenaga mereka, bertindak secara berjemaah untuk meruntuhkan tembok-tembok jahiliyah itu.

3) Tanzim (organisasi) 

Yang tersusun tapi adakah diorang main langgar je sape yang serang dulu?

Tidak.

Diorang sedar setiap burung mempunyai kemampuan dan semangat pengorbanan yang berbeza. Setiap burung mempunyai isti'ab (penguasaan) yang berbeza. Jadi diorang susun, sape pergi dulu, lepas tu sape pergi dulu.

Kenapa?

Sebab Saidina Ali mengatakan:

"Kebatilan yang tersusun akan mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun"

4) Gerak kerja yang Muntijah (berhasil) 

Bagaimana pula cara diorang susun sape yang pergi dulu dan sape yang pergi dulu?

Diorang susun dengan menilai, bagaimanakah cara yang paling muntij dan cepat untuk meruntuhkan tembok jahiliyah itu? Maka setiap orang yang mempunyai isti'ab yang berbeza, berfokus kepada kelebihannya.

Yang reti potong kayu pergi serang kayu
Yang boleh hancurkan batu pergi hancurkan batu

Dan menjadi tanggungjawab kita pula, sebagai qiyadah (ketua) mereka, untuk detect, apakah kelemahan musuh kita, dan dengan segala kekuatan serta isti'ab jundi (tentera) yang berbeza-beza.

Bagaimanakah kita ingin menyusun strategi untuk mencapai ustaziyatul alam?

"eh silap"

Untuk mengalahkan babi-babi hijau tadi dengan tenaga yang paling sikit, dan masa yang paling cepat.

5) Taat

Dan sebagai qiyadah, perkara yang paling menyenangkan hati kita dan meneruskan semangat kita untuk berjuang, adalah kalau kita suruh burung-burung marah itu menyerang ke atas, maka dia akan pergi ke atas, dan kalau ke kanan, maka dia akan pergi ke kanan.

Pasti tidak ada orang yang nak main, dan selama-lamanya babi-babi hijau itu akan gelak terkekeh-kekeh, jika qiyadah suruh serang ke kanan, dia pergi melayang ke atas.

6) Ukhuwah

Lastly, kena faham, bahawa ukhwah burung-burung yang marah itu sangat kuat, itulah teras dan tunjang utama kekuatan diorang, mereka sedih, marah, apabila saudara-saudara mereka dicuri telurnya, mereka merasai penderitaan saudara-saudara mereka.

Kerana sesungguhnya burung-burung yang berwarna itu bersaudara, seperti mana kita umat Islam bersaudara.

Jika salah satu daripada saudara kita sakit/derita, kita turut merasakan penderitaannya. Dan kita akan berusaha untuk menyelamatkan saudara kita, daripada musuh yang nampak di dunia, dan juga musuh yang tidak nampak, yang menarik kita ke api neraka.

Kenapa?

Sebab kita menyayangi saudara kita, sesungguhnya dakwah ikhwanul muslimin itu adalah berteraskan dakwah kasih sayang. Kerana cinta kita kepada Islam dan Umat Islam, tidak akan wujud game Angry Birds, jika tidak ada ukhwah di kalangan mereka.

Begitu juga tidak akan wujud gerakan Islam, malahan mustahil akan menang gerakan Islam, jika tidak wujud ukhwah dan muhibbah antara semua umat Islam.

"Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. Dan engkau melihat manusia berbondong-bondong memasuki agama Allah. Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampunan kepadaNya. Sungguh, Dia Maha Penerima Taubat" (An-Nasr 110:1-3)

Sedarlah.

Pertolongan Allah tidak akan datang jika tidak wujud ukhwah dan kesatuan di kalangan umat Islam dan prinsip kepada kesatuan itu terletak pada Usul 20 oleh Imam Hassan Al-Banna.

Semua yang korang baca tadi adalah pengajaran daripada Angry Birds.

Tapi ada satu lagi pengajaran yang tersirat, iaitu jika kita melihat dunia ini dengan perspektif Islam yang jernih, kita akan memasuki sebuah dunia yang berbeza, dan kita akan mampu melihat apakah masalah umat Islam sebenarnya, sehingga mereka tidak mampu menang-menang lagi sampai sekarang...

"Ukhuwah Teras Kegemilangan
1 comments

Isu Purdah dan Hukum Memakainya

Assalamualaikum Warahmatullah.

PENDAHULUAN

Sesungguhnya pemakaian purdah oleh para wanita Islam merupakan masalah khilafiyah iaitu sesuatu perkara yang menjadi perselisihan pendapat dan pertikaian di kalangan para ulama. Ulama berselisih pendapat tentang masalah ini sejak dahulu lagi dan perselisihan ini berterusan sehingga sekarang. Punca berlakunya perselisihan adalah kerana dalil-dalil yang berkaitan dengan masalah purdah ini tidak terdapat dalil-dalil yang putus dan jelas. Jadi para ulama menyatakan pendirian mereka berdasarkan pemahaman dan ijtihad masing-masing di dalam memahami nas-nas yang dikemukakan itu. Maka berlakulah di sana khilaf di kalangan para ulama di dalam menetapkan hukum memakai purdah terhadap wanita Islam. Perselisihan pendapat ini berpunca dari penafsiran ayat al-Quran al-Karim berikut:

Firman Allah Taala bermaksud:

Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya.

(Surah al-Nur: Ayat 31).


PENGERTIAN PURDAH

Di dalam Bahasa Arab, purdah disebut sebagai niqab. Menurut Kamus Besar Arab-Melayu Dewan, purdah bermaksud kain penutup muka perempuan. Secara lazimnya, kain tersebut digunakan menutup sebahagian besar kawasan muka sesesorang perempuan itu melainkan matanya sahaja.

ADAKAH PURDAH ITU WAJIB ATAU TIDAK?

Berdasarkan dalil al-Quran al-Karim dari surah al-Nur ayat 31 yang saya kemukakan di atas, sebilangan ulama berpendapat muka dan kedua-dua tangan adalah aurat iaitu dengan maksud mudahnya setiap perempuan Islam mesti memakai purdah. Sebilangan ulama lagi berpendapat muka dan kedua-dua tangan bukan dikategorikan sebagai aurat dan memakai purdah bukanlah suatu yang wajib. Di sini saya bentangkan pandangan mazhab-mazhab secara ringkas sahaja berkenaan aurat perempuan di hadapan bukan mahram bagi memudahkan kita memahami isu ini dengan sempurna. Saya tidak bercadang untuk meletakkan dalil-dalil yang digunapakai oleh mazhab-mazhab melainkan jika difikirkan perlu sahaja serta tidak saya nyatakan juga munaqasyah dalil-dalil bagi tidak memanjangkan perbahasan ini.

Jumhur Ulama:Tidak wajib purdah dan mengharuskan pendedahan muka dan kedua-dua tangan di hadapan lelaki asing yang bukan mahram sekiranya aman dari fitnah.

Mazhab Hanafi:Tidak harus lelaki melihat perempuan asing dan merdeka melainkan muka dan kedua-dua tangan sekiranya tidak dibimbangi mendatangkan syahwat. Adapun kedua-dua kaki juga bukan aurat.

Mazhab Maliki:Aurat perempuan merdeka ketika bersama lelaki asing ialah seluruh badan kecuali muka dan kedua-dua tapak tangan sekiranya tidak menimbulkan syahwat.

Mazhab Shafie:Aurat perempuan yang merdeka adalah seluruh badannya melainkan muka dan kedua-dua tapak tangan sekiranya tidak menimbulkan fitnah. Pendapat lain mengatakan seluruh tubuh perempuan adalah aurat termasuk muka dan kedua-dua tangan.

Mazhab Hanbali:Seluruh tubuh perempuan Islam adalah aurat. Pendapat lain mengatakan aurat perempuan di hadapan lelaki asing adalah suluruh tubuh kecuali muka dan kedua-dua tangan sekiranya tidak menimbulkan fitnah.

Kesimpulan:

Pendapat jumhur ulama yang mengatakan aurat perempuan Islam adalah seluruh tubuh badannya kecuali muka dan kedua-dua tangan selagimana tidak membawa kepada syahwat dan fitnah adalah lebih bertepatan berdasarkan dalil-dalil yang dikemukakan. Pendapat ini ditarjih oleh Syeikh Prof. Dr. Yusof al-Qaradhawi sepertimana yang telah dinyatakan di dalam kitabnya bertajuk al-Niqab Limaraah dengan mengatakan juga memakai purdah tidak diwajibkan.

Untuk mengetahui penjelasan lebih lanjut mengenai aurat perempuan Islam samada aurat ketika solat ataupun di luar solat silalah meneliti dan merujuk kitab al-Majmuk Syarah al-Muhazzab karangan Imam Nawawi. Pada saya, kitab ini adalah kitab paling baik di dalam membincangkan masalah fiqh kerana di sana dibentangkan pelbagai pandangan dan dalil-dalil secara teperinci dan jelas. Sebagai penuntut ilmu agama, kita hendaklah sentiasa melazimi pembacaan kitab-kitab karangan para ulama muktabar untuk mendapatkan gambaran sebenar tentang sesuatu perkara itu.


BAGAIMANAKAH MENGHADAPI KHILAF?

Perkara ini selalu saya ulangi pada setiap tulisan saya yang terdapat khilaf di antara para ulama. Namun masih ada segelintir golongan masih tidak berlapang dada atau menerima nasihat ini dengan hati yang terbuka. Jadi di sini saya akan mengingatkan semula perkara ini agar kesatuan dan keharmonian umat Islam terus terjaga.

Kaedah Fiqhiyah menyatakan bermaksud:

Tidak boleh dibantah sesuatu hukum yang berlaku khilaf di kalangan fuqaha. Hanya yang boleh dibantah ialah perkara mungkar yang disepakati oleh para ulama di atas pengharamannya.

(Lihat kitab: al-Asybah Wa al-Nazair Fi Qawaid Wa Furu Fiqh al-Syafiiyah karangan Imam Jalaluddin Al-Sayuti).

Maksud kaedah ini (di atas) secara lebih jelasnya ialah kita tidak boleh menafikan, membantah atau menuduh orang lain adalah tidak betul atau salah kepada orang lain yang memilih salah satu pendapat dalam perkara yang berlaku perselisihan pendapat ulama padanya. Malangnya jika dilihat fenomena hari ini terdapat segelintir golongan yang menyanggah dan menyalahi kaedah ini lantas menyalahkan orang lain yang tidak sependapat dengannya. Malah mereka hanya menyeru orang lain supaya memahami dan menerima pendapat mereka sahaja sedangkan mereka tidak melihat terlebih dahulu keadaan tempat dan suasana pada ketika itu. Inilah di antara masalah terbesar yang menimbulkan banyak kesan negatif kepada umat Islam di Malaysia khususnya semenjak sekian lama.

KESIMPULAN

Isu purdah ini hanyalah perkara khilafiyyah dan agak mustahil ia boleh mencapai kata sepakat daripada para ulama Islam sepanjang zaman. Perselisihan ini boleh dileraikan jika kita masing-masing boleh bertolak-ansur dengan mengutamakan sifat saling hormat-menghormati di antara satu sama lain. Inilah yang di jelaskan oleh Islam kepada pengganutnya. Di dalam mengangani isu pemakaian purdah ini secara baik, di sini saya simpulkan bahawa mana-mana perempuan Islam yang hendak memakai purdah maka kita tidak boleh menghalangnya atau mengejinya. Bagi sesiapa yang memilih untuk tidak memakai purdah pula maka kita juga tidak boleh menghalangnya atau mengejinya. Kedua-dua pihak adalah betul. 


Apa yang terlebih penting adalah: Bagaimana dengan perempuan Islam yang tidak menutup aurat?




Oleh Ustaz Muhammad Rashidi bin Abdul Wahab

0 comments

7 Perkara Buat Perempuan


Diantara perempuan dengan lelaki, yang mana lebih senang masuk syurga? Jawapannya, perempuan lah yang lebih senang masuk syurga. Asalkan mereka jaga 7 perkara. Tapi mengapa perempuan juga yang paling banyak masuk neraka? Sebab mereka tidak jaga 7 pekara ini lah juga punca kebanyakan perempuan masuk neraka.

Ada dia 7 perkara itu? 7 perkara itu ialah:

  • Perbaikkan diri
  • Pelihara badan
  • Buat kerja rumah
  • Solat
  • Puasa
  • Jaga kemaluan
  • Taat pada suami


Apa maksud baikkan diri? Baikkan diri disini maksudnya ialah, berubah kearah yang lebih baik lagi. Jika sebelum ni perangai x bagus, cepat marah, suka maki-maki, tidak jaga perasaan orang lain, mengumpat, dan macam-macam lagi perangai yang tidak baik, maka perbaiki lah perangai itu. InsyaAllah… kita akan menjadi contoh pada orang lain.

Pelihara badan? Dari apa? Peliharalah badan daripada dipertontonkan kepada laki-laki lain. yang bukan muhrim. Jaga badan elok-elok. Badan dah cantik, maintainkan. Tidak terasa rugikah kamu jika telah memperlihatkan apa yang sepatutnya disimpan untuk bakal suami kamu?Tidak rasa malu kah kamu keluar kemana saja dengan mendedahkan aurat? Tak rasa sejuk kah? Tutup lah auratmu, nescaya kamu dilimpahi rahmat, dan tidak dikutuk oleh segala benda hidup yang berada di sekeliling kamu…

Buat kerja rumah? Kerja apa? Macam-macam kerja yang boleh dilakukan di rumah. Terutamanya apabila sudah bergelar “isteri”. Kemaskan rumah supaya sentiasa nampak bersih, decorate bilik tidur ke, macam-macam lagi la kerja rumah yang boleh dibuat. Saya fikir, semua orang tahu tentang kerja rumah. Rumah bersih, membuatkan kita berasa lapang dan selesa. Orang putih kata “there is no place like home”.

Solat. Ya. Saya fikir semua orang tahu cara solat. Jika belum tahu, berusahalah untuk belajar. Kuatkan azam untuk solat. Biasakan diri dengan solat, mula-mula dengan 5 waktu yang wajib. Sudah biasa, tambah lagi dengan solat-solat sunat, untuk gantikan solat-solat wajib yang telah kita tinggalkan dulu. Solat adalah tiang iman kita, kalau tidak sempurna, maka lemah lah kita untuk melawan nafsu dan syaitan. (peringatan untuk diriku juga).

Puasa. Puasa pun orang perempuan insyaAllah, senang saja untuk mereka. Apa lagi kalau yang malas makan, lupa makan, kena paksa baru mahu makan. Adakah? Wallahualam. ^_^ Puasa lah pada hari-hari yang disyorkan untuk berpuasa. Berpuasa lah sebanyak yang mungkin kerana puasa membawa banyak pahala dan kebaikan untuk diri kita.

Jaga kemaluan. Kalau yang sudah berkahwin insyaAllah, memang jaga sungguh-sungguh. Sombong dengan lelaki lain. kalau yang belum berkahwin? insyaAllah… jangan hampiri zina. Jagalah batasan diantara laki-laki dan wanita. Zina amatlah besar seksaannya. Kamu tidak takut? Cuba bakar jari kamu dengan api lilin. Sakit tak? Diantara kesucian-kesucian yang harus dijaga ialah kesucian diantara laki-laki dan wanita. Maka, jagalah kesucian kita sebaik-baiknya.

Taat pada suami. Agak-agaknya, berapa ramai isteri yang taat pada suami? Tidak pernah tengking suami, bantah suami, melawan,  asyik-asyik persalahkan suami? Jika dapat suami yang baik perangainya, jaga lah dia sebaik-baiknya. Orang yang berakhlak baik lebih susah dicari daripada orang yang belajar agama. Belum tentu orang yang belajar agama itu baik akhlaknya. Maka taat lah pada suami kerana setiap apa yang kamu lakukan padanya ganjarannya sangat besar, walaupun hanya bagi segelas air kepada suami kamu. Jangan bantah cakap suami jika apa yang disuruhnya itu perkara yang baik. Kalau jahat, barulah bantah. Janganlah asyik berleter 24jam. Sabar setiap orang pun ada tahapnya.

Kalau 6 perkara diatas tadi itu mudah, perkara ke-7 ini yang sangat susah dilakukan. Disuruh sikit tidak mahu buat. Bersabarlah dengan kerenah suami, dan taat lah pada suami kamu. Kerana ganjaran yang kamu dapat sangat-sangat besar.. kamu tak mahu syurga kah? Kalau nak sangat, buatlah 7 perkara ini.. InsyaAllah syurga.

Nabi s.a.w pernah berkata: “masuklah perempuan itu daripada mana-mana pintu yang dia mahu”
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...