Facebook Twitter Delicious Stumble Upon
0 comments

Apa Matlamat Hidup Anda?



Assalamualaikum semua.

"... Kadangkala di dalam kerja memerlukan pengorbanan, dan pengorbanan itu penting dalam kerjaya.."

Apa khabar? dah lama Mr.R tak update blog ini. sebab bz? kot. dan blog2 lain. Tapi hari ini hatiku kuat untuk updatekan blog ini dengan tajuk "Apa matlamat hidup anda?" Mengapa? Mr.R pun tak pasti apa matlamat hidup di dunia. Korang tak nak berjaya dalam hidup ini?

Sekurang2nya Mr.R nak buat sesuatu untuk Malaysia dan Islam. Tapi apa? wah. Ada visi yang tinggi tapi tak pasti apa yang hendak dibuat. Sebenarnya ada.. cuma tak tahu langkah pertama hendak buat apa. mmmm kesian2.. Ada duit mestilah senang kan. kalau tak ada? heheh

Mr.R sangat terarik dengan lagu Sleeq dan Aron Aziz ni. Salam Semua. Dari lagu ini Mr.R tertanya apa matlamat diri ini? Ramai orang tak berjaya kerana tidak ada matlamat dan kesungguhan untuk menggapainya.
Lagu ini boleh jadi motivasi kepada sesiapa yang terfikir pengajaran disebalik lagu ini. Jangan putus asa dalam membuat mencapai matlamat anda.

Perancangan kita boleh tergelincir dari landasan kerana kehadiran pelbagai masalah dan perkara2 yang kita tidak jangka. Maka jangan mengalah ya. Itu cuma ujian semata2.


Semoga terhibur.

Assalamualikum semua.
1 comments

Don't Run Away From Your Life.




Do you think this picture is beautiful? for me YES. Nice and beauty. Thanks to our GOD because create this earth with so many beautiful places, animals and human beings. Alhamdulillah.

what I want to say here not because of this picture, hehe it's just my mukaddimah. well.. look like too long I not update this blog. I open it and alhamdulillah, I've got so many viewers around the world. I'm wondering whether the viewers outside from Malaysia can read my blog or misguided. hehe Maybe I should write in English? Insyaallah... with my broken grammar ^_^

Don't Run Away From Your Life.. is it about me? maybe. or its true. And some of you also running away from life. why? Ask your self why why why.
I've watched this short film and it reminds me of something. Am I too far away from YOU now?  Its bad for me. Forget about bad history  from our life. What's done is done. No turning back.

Yaa Allah, Please preserve me from straying...




Short Islamic movie about a Muslim boy and his relationship to the Holy Quran.

1st Place - Best Short Film 2011 at MSA Showdown in Dallas,Texas (SMU)

University: University of Houston (Main)
City: Houston
Filmmaker: Ubaid Seth
Contributors: Hasan Gopalani, Faisal Siddiqui, Haseeb Jandga, Justin Durban
Title: Jannati

Jannati is based off a poem by M. Asim Khan.
The story is about Adam, an early 20s young Muslim who lives alone
in his apartment. His mother passed while he's in college and his
father left him when he was very young. His entire day goes like this:
wake up, shower, coffee, work, nightclubs, back home, wake up, shower,
etc..

Eventually what happens is his life becomes a loop and the story
starts with his neighbors who move in and play loud Quran on their CD
player, waking him up very early. It ruins his "loop" and begins to
enrage him. The story builds up and goes through his loop day by day
as his entire world collides within that week, igniting a mysterious
creature.
0 comments

Kenapa Aku Malas Sembahyang


Kenapa aku malas sembahyang,
Allah bagi aku jasad siap bayang-bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam siang,

Kenapa aku malas sembahyang,
Kerja dah 'best' keluarga pun dah senang,
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
Takkan 5 minit 5 waktu pun aku tak boleh luang,


 

Kenapa aku malas sembahyang,
Allah bagi aku otak supaya tak bingung,
Allah bagi aku ilmu boleh fikir susah senang,
Allah bagi nikmat kenapa aku tak kenang,

Kenapa aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup main sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,
Apalah aku ingat boleh suka-suka je masuk syurga,

Kenapa aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur kita bukannya panjang,
Pagi kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena seksa sorang-sorang,

Kenapa aku malas sembahyang,
Siksa neraka cubalah aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah SWT akan tertunai tiada siapa boleh halang,

" Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan "
1 comments

Kisah Loo Jo Yee


Dalam kesesatan remaja-remaja Islam masa kini, tiba-tiba muncul seorang remaja perempuan yang menaikkan nama Islam di Malaysia. Penghijrahannya masuk kedalam agama Islam adalah suatu yang agak istimewa. Loo Jo Yee, berbangsa cina, berasal dari Perak, dan berumur 18 tahun, telah mendapat hidayah Allah s.w.t  untuk memeluk agama Islam, walaupun pada asalnya dia adalah seorang yang kuat menentang Islam... Luangkan masa untuk mendengar kisah Loo Jo Yee.... semoga mendapat manfaat yang berguna.



kepada Loo Jo Yee, Teruskan Dakwahmu, jangan gentar dengan cabaran, dan jangan pernah menyerah...
0 comments

Patutkah Berkahwin Awal?



Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi)

Kahwin awal bukan satu masalah. Mari lihat persoalan-persoalan yang selalu menerjah di kepala anak-anak muda yang fitrahnya terhalang atas sebab-sebab tertentu.

1. Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu pelajaran?

Siapa cakap kahwin waktu sedang belajar mengganggu? Salah tanggapan tu. Sepatutnya, kahwin awal lebih memberi kita semangat yang membara. Yelah, sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita, mesti la lagi bersemangat mau belajar kan? Lagi satu, orang yang sudah kahwin ni akan berasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab mereka tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan berusaha untuk buat yang terbaik bagi pasangan mereka. Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita saja sebagai contoh. Sudah kahwin, tapi adakah mengganggu kerja mereka? Tidak kan?

2. Saya masih belajar, macam mana mahu bagi nafkah pada isteri kalau belum ada kerja?

Saya tahu ramai antara kita yang masih belajar, dan ramai yang meminjam dapat elaun biasiswa. Saya beranggapan pasangan yang ingin dikahwini jugak masih study Jadi ia bermakna dua-dua masih dapat hidup dengan wang yang asas tu. Jadi, sementara masih belum ada kerja, suami berilah nafkah yang termampu kepada isteri. Mungkin $25 atau $50 sebulan? Bergantung kepada berapa banyak isteri gunakan untuk makan. Lagipun, isteri jugak ada wang, jadi tak perlu rasa ada masalah di situ. Yang penting dua-dua masih dapat hidup. Lain la kalau isteri demand kereta, rumah, rantai emas, baju berlambak-lambak, dan macam-macam lagi. Jadi, sepatutnya tiada masalah dalam bab nafkah. Cuba kita tengok orang Arab zaman Nabi dulu. Adakah kebanyakan daripada mereka orang berharta? Tidak. Mereka cuma mampu memberi isteri makan makanan setakat yang mereka mampu beri. Itu pun sudah mencukupi untuk dijadikan nafkah. Nabi tak larang pun orang miskin berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang sebagai penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah. Berdosa.

Firman Allah: Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (An-Nur:32)

3. Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan?

Apa perkara asas dalam kahwin? Ya, akad nikah dan walimatul urus. Merisik dan bertunang tu bukan wajib pun. Jadi, potong kos seperti bagi hantaran waktu merisik dan bertunang, sudah jimat wang. Waktu akad nikah pun, jemputlah keluarga terdekat dengan kawan-kawan saja yang dapat datang. Berdosa bila tidak menghadiri jemputan walimatul urus. Jadi, jimat sikit kos kenduri. Buang wang saja sewa pelamin, sewa baju pengantin, sewa jurukamera dengan mak andam semua tu kerana ia termasuk dalam hal-hal yang sia-sia. Mas kahwin pun tidak perlu tinggi-tinggi kerana sebaik-baik magar adalah yang paling rendah. Mudah saja majlis perkahwinan dalam agama Islam. Tidak sampai puluh ribu pun.

Sabda Rasulullah s.a.w: Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya. (H.R. Thabrani)

4. Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin?

Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar semakin meningkat, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh elak daripada fitnah dan maksiat, kahwin la. Itu maksudnya, kahwin memang perlu di usia muda. Benda yang baik, jangan dilambatkan. Takut kelak bertukar menjadi benda yang tidak baik. Cuba bayangkan anda ada pasangan yang disukai. Kan bagus kita cepatkan benda yang baik dengan berkahwin terus. Tapi kalau kita melambatkan perkahwinan yang bagus itu, mungkin kita akan terjerumus ke lembaah maksiat. Kenapa kita boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Tanya diri, jagalah iman.

Sabda Rasulullah s.a.w: Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi. (H.R. Tirmidzi dan Ahmad)

5. Bersediakah saya untuk kahwin awal?

Ini soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri. Tanya dulu soalan asas ni. Sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam? Bertanggungjawab sudahkah saya? Adakah saya panas baran atau penyabar? Adakah saya seorang yang bercakap menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di lutut? Pendek kata, ada banyak soalan spesifik yang boleh ditanya kepada diri sendiri. Walau apa pun jawapan dia, ini nasihat saya. Sentiasalah perbaiki diri dan mantapkan diri. Orang yang sudah berkahwin dan sedang belajar solat lebih baik berbanding orang yang sudah kahwin dan pandai solat tapi tidak amalkannya lepas kahwin. Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah yang paling bersedia sebenarnya.

6. Macam mana dengan restu ibu bapa?

Ya, ini la benda paling susah bila mahu kahwin awal. Faktor penghalang paling utama. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik kepada ibu bapa dan mereka faham, insyaAllah tiada masalah untuk berkahwin awal. Tapi kalau ibu bapa kita susah mahu terima sebab fikiran mereka masih terikat dengan fikiran tipikal masyarakat Melayu sekarang ni yang lebih terpengaruh kepada adat dan cerekarama di tv semata-mata, serta pemikiran risau akan tak cukup wang nak sara anak dara orang, sudah tentu mereka tidak akan terima setiap hujah yang diberikan seperti di atas. Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik untuk mereka yang mahu kahwin awal supaya cepat bertemu jodoh. Ingat, bila seseorang itu berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah, maka terbukalah segala pintu rezeki untuknya. Lihat, betapa banyaknya kelebihan kahwin awal. Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu susah sangat.

Umar bin al-Khattab r.a telah berkata: Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka. (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)

Nasihat saya untuk golongan-golongan yang sedang hangat bercinta tu, sebaiknya kahwinlah awal. Lebih banyak kelebihan kahwin awal berbanding kahwin lambat. Tapi semua itu pilihan masing-masing juga. Mudah-mudahan setiap pilihan yang kita buat adalah yang terbaik dan dirahmati Allah. InsyaAllah.

Rasulullah s.a.w bersabda: Siapa yang benci dengan cara hidup (sunnah) ku maka dia tidak termasuk golonganku. (H.R. Bukhari dan Muslim)
 — 





p/s: Daripada korang pi sambut valentine yang boleh membawa maksiat, lebih baik kahwin daripada sambut hari haram itu.
1 comments

Ombak Rindu TerhadapMu..




Kalau baru-baru ni orang ramai tengok filem Ombak Rindu, sudah pasti dengar soundtrack filem tu juga kan. Seorang director terkenal dan penyanyi terkenal katakan filem itu adalah filem dakwah. Yup, memang nampak mesej yang disampaikan, cuma ada sedikit adengan yang tidak "molek" dilihat untuk anak-anak kecil dan pelajar. kalau soundtack itu untuk kekasih yang dicintai, kali ni sy terjumpa pula soundtrack Ombak Rindu versi Taubat. ^_^. dengarkanlah ya... semoga bermanfaat bagi kita semua.

0 comments

Detik Terakhir Rasulullah SAW Sebelum Wafat



Terdengar suara dari luar rumah memberi salam.” Assalamualaikum, bolehkah saya masuk ?” Tapi Fatimah tidak mengizinkan orang di luar pintu masuk. “ Maaf, ayahku sakit”. Fatimah membalikkan badan dan menutup pintu.
Kemudian Fatimah kembali menemani ayahnya yang sedang terlantar. Sambil membuka matanya, baginda bertanya kepada Fatimah: Siapakah itu wahai anakku?”
“Tak tahulah ayah, orang sepertinya baru sekali aku lihat,” jawab Fatimah lembut. Lalu Rasulullah SAW menatap wajah puterinya dengan pandangan yang menggetarkan.
“Ketahuilah anakku, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia dan dialah ynag akan memisahkan kita. Dialah malaikat maut,” kata Rasulullah.
Fatimah tergamam, seolah-olah tidak percaya denagn kata-kata ayahanda yang disayangi. Tidak tahan menahan sebak dia terus menangis teresak-esak.
Malaikat maut yang berupa bentuk manusia datang menghampiri, tapi Rasulullah bertanya mengapa Jibrail tidak ikut sama. Jibrail yang sebelumnya sudah bersiap sedia di atas langit dunia untuk menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini, turun ke bumi menemui Rasulullah.
“Jibrail, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah,” Tanya Rasulullah dengan suara yang amat lemah kerana tidak lama lagi terpaksa meninggalkan dunia yang dihuni.
“Wahai kekasih Allah, pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,” kata Jibrail. Tapi jaminan itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah berasa lega. Matanya masih penuh kecemasan. “ Engkau tidak gembira mendengar khabar ini?,” tanya Jibrail lagi.
“Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?,” tanya Nabi Muhammad.
“Jangan bimbang wahai Rasulullah. Aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: “ Aku haramkan syurga bagi siapa sahaja kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya terlebih dahulu,” kata Jibrail.
Detik-detik terakhir semakin dekat dan tiba masanya Israil melakukan tugas. Perlahan roh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.
“Wahai Jibrail, betapa sakit sakaratul maut ini.” Perlahan Rasulullah mengadu, bagaikan minta simpati. Fatimah memejamkan mata dan suaminya Saidina Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan jibrail memalingkan muka.
“Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu, Jibrail?” Tanya Rasulullah kepada malaikat pengantar wahyu itu.
“Siapakah yang sanggup melihat kekasih Allah dicabut dan direnggut ajalnya,” kata Jibrail. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengadu sakit yang tidak tertahan lagi.
Dahsyatnya Maut Ini!
“Ya Allah, dahsyatnya maut ini. Timpakan saja semua seksa maut ini kepadaku dan jangan pada umatku.” Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan-akan hendak membisikkan sesuatu! Ali segera mendekatkan telinga. “ Uushiikum bis syalati, wa maa malakat aimanuku’ (Peliharalah solat dan peliharalah orang-orang yang lemah di antaramu).
Di luar pintu bunyi tangisan mulai terdengar bersahutan, para sahabat saling berpelukan. Fatimah menutup tangan di wajahnya dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.
“Ummaati, ummatii, ummatii,”(Umatku,umatku,umatku). Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran keislaman sehingga hari ini. Jasadnya diabadikan di Masjid Nabawi, Madinah.

Begitulah cintanya Rasulullah SAW kepada kita sehingga di saat-saat nafas terakhirnya masih teringatkan akan nasib umatnya. Bagaimana pula tahap kecintaan kita terhadapnya! Sama-sama kita fikirkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...