Facebook Twitter Delicious Stumble Upon
1 comments

Waktu-Waktu Mustajab Berdoa


Ada beberapa waktu yang sangat sesuai untuk kita berdoa. waktu-waktunya adalah seperti:

  1. Ketika hujan.
  2. Ketika hendak memulakan solat dan selepas solat.
  3. Ketika menghadapi musuh dalam peperangan.
  4. Waktu antara azan dan Iqamat.
  5. ketika iktidal yang akhir solat.
  6. Ketika sujud dalam solat.
  7. Ketika khatam al-Quran.(30 Juzuk).
  8. Sepanjang malam, terutamanya di sepertiga malam yang akhir dan pada waktu sahur.
  9. Sepanjang hari Jumaat.
  10. Antara waktu Zuhur dan Asar dan antara asar dan mahgrib.

0 comments

Pesan Atuk

Pesan atuk
jika kepala mula dipenuhi uban
itu tandanya menghidap penyakit tua
yang tak berubat
maka taubatlah sebelum terlambat
sebelum nafas tersumbat

Pesan atuk
jika matahari sudah tinggi
namun masih dalam selimut bermimpi
itu tandanya sengaja menolak rezeki
maka bangun berusahalah sebelum
tubuh melemah

Pesan atuk
jika dikurniakan banyak harta
namun tidak pandai menguruskannya
itu tandanya mengundang celaka
maka lebih baik bermohon kepada Tuhan
agar diri menjadi miskin
tentu akan kaya kebahagiaan.


-Mhd Adid Ab Rahman-
0 comments

Aku Dibius Cinta?


"Bodoh punya batu, kenapa kau langgar kekasih aku?" Marah seorang lelaki kepada seketul batu yang 'melanggar ' buah hatinya.
"Oh Abang... biarpun baju Abang masam, masam itulah masam-masam manis jiwaku!" kata seorang 'girlfriend' kepada 'buayafriend'nya.

Dialog diatas adalah ayat² cinta yang biasa. Biarpun bunyinya sangat luar biasa kepada manusia biasa, ia amat biasa dan perlu bagi dua belangkas yang sedang mabuk cinta. Sama ada cinta diantara dua pasangan yang belum bernikah, atau yang pengantin baru yang sedang menikmati 'honeymoon' mereka.

Memang cinta itu luar biasa. Cinta bukan sahaja buta, malah boleh membutakan lagi dan melumpuhkan mereka yang terkena panahannya.
"Aku dibius cinta!" Kata Melly Goeslow.
Kemabukkan cinta ini menyulitkan kita untuk merasionalkan perbincangan. Perbahasan² tentang do's and dont's yang dikemukakan untuk keelokkan jangka panjang cintanya,ditepis sambil pandangan melirik sebelah mata sahaja.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Dan antara tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu, Isteri² dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan diantaranya diantara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang (mawaddah) dan belas kasihan (rahmah). Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan² (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang² yang berfikir." (al-Rum: 21)

sesungguhnya mawaddah itu adalah cinta yang tumbuh, terbina dan bertambah dari semasa ke semasa di sepanjang bahtera perkahwinan dilayari. Cinta yang terbit dari satu demi satu kejayaan suami dan isteri menempuh kesukaran, kesulitan dan cabaran hubungan perkahwinan mereka. Agar bulan madu itu bulannya menjadi tahun yang berpanjangan, dan madu tidak menjadi racun. Saya mengajak setiap pasangan yang masih 'sedar' sebelum dibius cinta, agar menjawab soalan² berikut dengan jujur dan telus. Jawab dengan tenang, fikirkan satu persatu, sehari demi sehari, sebelum menabur janji menyulam kata, sebelum janji dimeterai, sebelum ikatan disahkan agama...

Soalan Perempuan kepada Pasangannya
  • Aku tidak mampu mencium baumu, mendekatimu sahaja sudah membuatkanku loya...Sabarkah engkau dengan kerenahku? Masihkah aku ini dicintaimu di kala itu?
  • Aku jadi pemarah, selalu x lalu nak makan, asyik mengeluh sakit sini sana, dan sering berduka...Sabarkah engkau dengan kelemahanku?
  • Aku lemah, sering hambar dan tiada penariknya...Masihkah aku buah hatimu?
  • Semasa kita mula berumah tangga, pasti hidup kita indah bagai di syurga, tambahan pula dan kurniaan cahaya mata...Ketika itu beban dan tekanan rumah tangga semakin bertambah, Apakah engkau masih mampu ceria?
  • Andai selepas beberapa tahun berkahwin, aku diputuskan pemeriksaan perubatan bahawa diri ini mandul dan tidak mampu memberikan cahaya mata, Apakah aku masih kekasih hatimu?
  • Jika aku ditakdirkan Allah S.W.T diuji dengan penyakit kanser, apakah engkau masih mencintaiku?



Soalan lelaki kepada pasangannya
  • Keceriaanku mungkin pudar oleh kerana tekanan kerja dan kehidupan. Aku cenderung untuk diam dan senyumanku mungkin kurang manis dan indahnya. Kurang sense of humor, dan hanya bercakap benda² yang serius sahaja...Sabarkah engkau dengan perubahanku itu nanti? Masih kuatkah cintamu padaku?
  • Tekanan hidup mungkin menyebabkan perananku sebagai suami kepadamu terjejas. Masalah mati pucuk sering menimpa lelaki yang tertekan dengan pekerjaan dan kehidupan menggugat kepuasan dirimu sebagi isteriku...Sabarkah engkau dengan keadaan itu? Terjejaskah cintamu padaku?
  • Aku menjadi seorang lelaki yang menjemukan. Aku mengharapkan dirimu sebagai insan yang akan membantu menceriakan aku...Sabarkah engkau dengan diriku?
  • Jika kerjayaku berkembang di luar jangkaan kita, engkau terpaksa berkongsi diriku dengan massa, dan aku pula selalu ke sini sana untuk bekerja, sabarkah engkau dengan suasana itu? apakah aku masih cintamu?
  • Jika aku disahkah doktor bahawa aku tidak mampu memberikan zuriat, Apakah engkau masih sudi menemaniku dalam bahtera rumah tangga kita?
  • Sekiranya rumah tangga kita diuji dengan aku ditimpa kemalangan atau strok yang melumpuhkan pergerakan fizikal serta upayaku sebagai suami, Apakah ia akan menggugat cinta kita dan mampukah engkau terus hidup di sisiku?


"... Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya."   (al-Baqarah: 286)

Ketika dibius cinta, kita menafikan segalanya, bahawa cinta dan rumah tangga kita indah semuanya, tidak akan erlaku sedemikian rupa. Tidak membuat persediaan, itulah kematian sebelum kematian. Membiarkan dirimu dibius cinta, itulah racun pemusnah cinta.
Sebelum anda dibius cinta, soallah dirimu sejauh mana anda telah bersedia...

-Saiful Islam-
0 comments

Umpama Bonggol Unta


            Daripada hadis ini, Rasulullah S.A.W memberi amaran mengenai dua golongan yang menghuni neraka, dan salah satu daripadanya ialah wanita yang mendedahkan aurat. Mereka berpekaian berpakaian tetapi seolah-olah bertelanjang dek pakaian yang disarung amat nipis, ketat dan sendat. Pakaian yang menampakkan lekuk dan bentuk tubuh.

             Malah rambut wanita yang disifatkan oleh junjungan mulia itu sebesar bonggol unta sedang berlaku secara meluas dan digayakan tanpa rasa bersalah. Segalanya bermula dari daya tarikan inginkan kecantikan yang ada pada wanita yang mengenakan trend tersebut dalam berpakaian ketika mereka keluar bergelandangan dalam masyarakat. Walaupun sudah menutup kepala, tetapi hakikatnya mereka masih ingin mempamekan keindahan dengan meninggikan ikatan sanggul di kepala. Dikatakan, gaya sedemikian kian dapat menjadikan si pemakai kelihatan lebih anggun dan menawan.
            Lebih malang lagi, ada yang tidak memiliki rambut panjang, sanggup memakia sanggul tiruan untuk turut serta dalam memeriahkan gaya terkini dan ranggi itu. Tanpa disedari, dua kesalah telah dilakukan. Dosa memakai rambut palsu walaupun tersorok disebalik tudung, dan yang kedua ialah dosa tabarruj (berhias dan mempamerkan kecantikan serta keindahan pada wajah dan tubuhnya pada bukan mahram).
Tidakkah timbul rasa gerun dan gentar di hati para Muslimah bilamana Rasulullah S.A.W menyatakan golongan yang melakukan dosa seumpama ini sebagai penghuni neraka? Nauzubillah...

Bukankah seperti ini lebih cantik,sopan dan menarik?


0 comments

Mengapa Sukar Mendapat Jodoh? Part-2

       Dalam "Part 1" telah saya nyatakan beberapa faktor penyumbang mengapa sukar mencari jodoh. Kali saya akan menyambung lagi isu yang sering diperkatakan oleh remaja dan insan² yang belum bertemu dengan...jodoh.

  • Fobia bercinta
        Seseorang yang menpunyai kenangan pahit dalam bercinta mugkin akan berasa serik untuk bercinta dan fobia untuk bercinta lagi. Kekecewaan yang mendalam ini akan menjadi parut dalam hati dan sukar untuk menerima seseorang lagi. Hakikatnya, cinta manusia memang cinta yang sementara dan sering mengecewakan.
       Namun sebagai manusia, kita dituntu untuk berkasih sayang sesama manusia, malah perkahwinan adalah sunah utusan Allah S.W.T. Oleh itu, kita tidak boleh membiarkan perasaan itu menguasai diri kita. Ianya hanya membuatkan kita menjadi lebih lemah untuk meneruskan kehidupan. Anggaplah setiap pengalaman pahit yang kita alami sebagai satu cara Allah mendidik kita, mematangkan kita dan menjadikan kita lebih gigih dan berjaya di masa hadapan.

  • Sifat negatif bertakhta dalam diri
3 contoh sifat negatif yang bertakhta dalam diri yang dimaksudkan disini ialah:
  1. Orang yang tidak tahu menguruskan hidupnya.
  2. Orang yang kuat bekeerja sehingga tidak bersosial langsung.
  3. Orang yang kuat melepak.
         Sifat seperti ini akan diragui oleh bakal pasangannya mengenai kemampuannya untuk menguruskan rumah tangga. Akibatnya, lambatlah dia bertemu jodoh. No.3 biasanya sindrom kehidupan orang bujang.

  • Tidak istiqamah dalam menjalinkan hubungan
          Seseorang yang sering bertukar-tukar pasangan kekasih juga sukar untuk bertemu jodoh. Sikap sebegini sebenarnya sifat yang suka mempermainkan perasaan orang lain. Apabila berkenan dengan seseorang, dia akan mendekatinya, tetapi bila ada orang lain yang lebih memikat hatinya, dia akan beralih kepada orang itu pula. Rasulullah S.A.W pernah bersabda bahawa doa orang yang teraniaya makbul.

  • Tidak sabar
          Sifat tidak sabar yang boleh merendahkan kewibawaan kita. Contohnya seperti sifat yang mendorong kita untuk menyentuh pasangan kita. Itulah perspektif remaja kita pada hari ini tentang cinta. Lantas menjerumuskan mereka ke lembah maksiat. Adakah cinta bermaksud seperti itu? Islam sebagai agama yang indah tidak pernah memusuhi cinta, malah Islam sentiasa menyeru umatnya untuk saling mencintai dan menyayangi. Cinta bertambah indah dan suci apabila Islam memagarinya dengan batas syariat.

  • Kurang berusaha yang bersesuaian
          Gunakanlah apa sahaja usaha yang boleh mempertemukan diri kita dengan jodoh. Jangan memperlekehkan dengan usaha orang lain dengan mandi bunga dan sebagainya. Bagaimanapun, itu hanyalah satu usaha yang baik, hakikatnya, Allah jua yang mempertemukan kita dengan jodoh.

  • Restu ibu bapa
         Menurut Islam, persetujuan antara kedua-dua pihak merupakan perkara asas iaitu atas persetujuan calon suami dan isteri. Oleh itu, jika anak lelaki/perempuan mencari dan memilih jodohnya sendiri, keputusan berkahwin bergantung pada restu orang tua.
         Restu ibu bapa sangat penting kerana tanpa restu mereka ia membawa malapetaka dan bencana. Kebanyakkan perceraian yang berlaku boleh dikaitkan kerana ketiadaan restu ibu bapa. Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: "Redha Allah terletak pada reda ibu bapa dan kemurkaan-Nya terletak pada kemurkaan kedua-duanya (ibu bapa)." (Riwayat al-Tabarani)


  • Tidak nampak keperluan berumahtangga
Ada manusia yang kononnya mahu hidup untuk diri sendiri sahaja. Mereka mahu hidup dan bekerja untuk diri sendiri, tanpa mahu "diganggu" oleh kehadiran orang lain. Mereka yang tergolong dalam golongan seperti ini, jika mereka meninggal dunia, tiada sesiapa yang akan merasai kehilangannya dan tiada anak yang akan mendoakan kesejahteraanya di alam barzakh.




"Hai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhan-Mu yang telah menciptakan kamu
daripada seorang diri, dan daripadanya Allah telah menciptakan isterinya.
Dan daripadanya kedua-duanya Allah mengembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak.
Dan bertaqwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta 
satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim.
Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu."
(surah al-Nisa' 4: 1)

    3 comments

    Mengapa Sukar Mendapat Jodoh? Part-1

    Assalamualaikum....
        Kali ini sy nak berkongsi dengan anda semua mengenai "Mengapa sukar mendapat jodoh?". Inilah tajuk yang sering menjadi topik perbualan dalam kalangan remaja pada masa kini. Soal jodoh.
    Jodoh pertemuan urusan Tuhan. Murnikan niat dan terus berihktiar merupakan kewajipan insan, muhasabah dan perbaikilah kelemahan, agar pasanganmu Allah segera dekatkan.

    Antara faktor² utama mengapa sukar mendapat jodoh ialah:

    • Jodoh belum sampai.
    Sejak azali lagi Allah telah mentakdirkan urusan hidup, jodoh pertemuan dan kematian kita. Kesukaran mencari jodoh selepas puas berusaha mungkin kerana belum sampai masanya untuk kita bertemu jodoh dalam perkiraan Allah S.W.T. Kita hendaklah berbaik sangka dengan Allah S.W.T dalam hal ini dan jangan sesekali berputus asa untuk terus berusaha. "Jodoh di tangan Tuhan dan manusia berikhtiar mencari dan memilihnya sesuai dengan ketentuan yang ditetapkan Tuhan."

    • Hati tidak fokus.
    Fokus adalah doa. Jodoh tidak akan sampai jika kita asyik fokus pada benda lain. Contohnya, seseorang yang terlalu memikirkan kerjaya, lalu siang dan malamnya hanya difokuskan untuk mengejar kedudukan setinggi mungkin dalam kerjaya sehingga mengabaikan orang sekitar yang berpotensi untuk dijadikan bakal pasangan. Ataupun tidak fokus pada yang seorang sahaja. Mahu c A tapi dalam masa yang sama juga mahu c B. Bukankah kita akan berasa bingung dan susah untuk membuat keputusan? akhirnya kita tidak dapatpun antara satu. Fokuskanlah hati untuk mencari jodoh yang sebenar dengan bersungguh-sungguh.

    • Belum bersedia.
    Perasaan sama ada sudah bersedia atau belum untuk berumah tangga lahir dari dalam hati kita sendiri. Selagi hatinya mengatakan dia belum bersedia, selagi itulah seseorang itu sukar mendapat jodoh.

    • Terlalu memilih.
    Orang yang terlalu memilih biasanya kerana meletakkan kriteria tertentu untuk bakal pasangannya, contohnya:
    1. Keturunan.
    2. Kekayaan.
    3. Warna kulit.
    4. Paras rupa.
    5. Tahap pendidikan
    6. Status dalam masyarakat
    Kegagalan mencari orang yang mempunyai kriteria yang diinginkan  menyebabkan seseorang itu lambat bertemu jodoh. Tidak salah untuk memilih dan menetapkan kriteria tetapi jangan terlalu ketat sehingga menyusahkan mencari jodoh.

    • Hati masi tidak bersih.
    Hati yang masih banyak diselaputi kebencian mugkin akan menyebabkan  bakal pasangan mudah membenci. Orang yang hatinya penuh kebencian akan menghantar "gelombang benci" pada orang lain yang menyebabkan orang lain turut membencinya juga.
    Ubatilah hati dengan tanamkan sifat kasih sayang kepada orang lain. Pandanglah semua orang dengan kaca mata kasih sayang dan suburkanlah sifat berburuk sangka kepada orang lain di hati kita.
    Firman Allah yang bermaksud: "Hai orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar. Nescaya  Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampunimu dosa-dosamu. Dan sesiapa yang mentaati Allah danRasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." (Surah al-Ahzab 33: 70-71)

    0 comments

    Israk & Mikraj (perjalanan di luar dimensi)

     Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: "Maha suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dariMasjidilharam (di Makkah) ke masjid al-Aqsa (di palestin) yang kami berkati sekelilingnya untuk kami memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Surah al-Isra' 17: 1)

    Israk: Perjalanan Nabi Muhammad S.A.W  pada malam hari dengan menaiki buraq bermula dari Masjidilharam di Makkah ke masjid al-Aqsa di Baitulmuqaddis.

    Mikraj: Naiknya Nabi Muhammad S.A.W ke langit dari masjid al-Aqsa ke Sidratul Muntaha. Menurut Ibnu al-Qayyim, Rasulullah S.A.W diperjalankan dengan jasadnya (menurut pendapat yang sahih) dari Masjiddilharam ke Baitulmuqaddis dengan menggunakan buraq ditemani oleh Jibrail a.s. Ketika berada di Baitulmuqaddis, baginda singgah dan menunaikan solat bersama para nabi. Kemudian baginda diangkat kelangit pada malam itu juga kelangit dunia. Jibrail meminta agar pintu langit dunia terbuka lalu dibukakan untuk mereka.
    0 comments

    Banyakkan Berdoa

     
    Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: "Doa adalah senjata bagi orang mukmin, tiang bagi agama dan cahaya langit dan bumi." (Riwayat al-Hakim dan Ibn Abi al-Dunya)

    Semasa berdoa, pastikan anda mematuhi adab-adab berdoa seperti:

    • Berdoa dalam keadaaan berwuduk serta bersih daripada sebarang kotoran, hadas dan najis.
     
    • Mulai doa dengan membaca bismillah dan ucapan memuji-muji Allah S.W.T serta berselawat ke atas Rasulullah S.A.W
     
    • Duduk dan menghadap ke arah kiblat.
     
    • Memohon ampun dengan merendahkan diri serta mengakui akan kesalahan diri di atas dosa dan kesilapan yang telah dilakukan.
     
    • Berdoa dengan bersungguh-sungguh serta memahami isi dan maksud doa, bukannya semata-mata membaca doa.
     
    • Berdoa dengan penuh khusyuk, tawaduk dan merendahkan suara.
     
    • Mendahulukan doa dan permintaan untuk diri sendiri terlebih dahulu sebelum berdoa untuk orang lain.
     
    • Mengulangi bacaan doa sebanyak tiga kali bagi sesuatu hajat yang lebih berat atau yang lebih diutamakan.
     
    • Menghindari diri daripada sesuatu yang ditegah dan dilarang oleh agama sama ada pada pemakanan, minuman pakaian atau pekerjaan.
     
    • Berdoa untuk kaum muslimin dan muslimat secara keseluruhan untuk kesejahteraan mereka tidak kira yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.



    0 comments

    Petua mendapat Ilmu yang banyak dan berkat

    Assalamualaikum...
    Haluu apa khabar?? :) Kali ni sy nak kongsi dengan anda tentang petua mendapat ilmu yang banyak dan berkat... ni penting ni untuk semua pelajar² sekolah menengah dan pelajar² IPTA/IPTS. Semoga ilmu ini berguna untuk kita semua... :)

    Perkara paling asas yang perlu kita miliki sebelum, semasa dan selepas menuntu ilmu ialah niat yang ikhlas. Niat tersebut perlulah:
    1. Ilmu dituntut kerana Allah S.W.T dan bukan bukan kerana duniawi.
    2. Niat belajar untuk mengeluarkan diri daripada kelompok mereka yang jahil.
    3. Niatkan untuk menyebarkan ilmu yang ada itu dan memanfaatkannya dengan membantu masyarakat.
     
     Jauhi maksiat yang menggelapkan hati.



    Tuntutlah ilmu di mana saja kita berada. ilmu tidak terhad di dalam kelas dan perpustakaan malah bole hditimba di rumah, pejabat, masjid, seminar dan sebagainya. Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: "Hikmah (ilmu) itu umpama barang orang mukmin yang hilang, di mana sahaja kamu jumpainya, ambillah ia." (Riwayat al-Tirmizi)
    Ibn Abbas ditanya: "Bagaimana kamu perolehi ilmu yang banyak?" Maka beliau menjawab: "Dengan banyak bertanya." Manakala Imam Abu Hanifah pula menjadi alim kerana banyak berbincang dan berdebat.
    Sekiranya seseorang terpaksa bekerja semasa menuntu ilmu, ia tidak menjadi masalah. Hendaklah dia sentiasa mengulang kaji pelajarannya dan jangan malas. Ini kerana, kefakiran dan kemiskinan seseorang itu bukannya penghalang untuk menjadi alim dan berilmu.

    Sentiasa bersyukur dengan lisannya dan seluruh anggota badannya dan meyakini bahawa segala ilmu itu adalah anugerah Allah S.W.T.


    Sentiasa memohon hidayah daripada Allah S.W.T dengan berdoa. Mohonlah juga moga Allah S.W.T menambah ilmu kita dan terangkan hati untuk menerima ilmu yang baru dan memahaminya.

    sentiasa memohon perlindungan kepada Allah S.W.T daripada sifat bakhil termasuklah bakhil ilmu. Oleh sebab itu, ilmu perlu disebarkan supaya boleh dimanfaatkan.

    berusaha untuk zuhud, iaitu tidak tamak pada harta.

    Tentukan masa untuk mengulang kaji pelajaran. Belajarlah secara konsisten setiap hari walaupun tidak lama.



    Elakkan bosan dalam belajar. Anggaplah belajar itu menyoronokkan dan santapan yang paling enak untuk minda. Sentiasalah merasa ketagih menuntut ilmu untuk menghambat perasaan bosan dan malas.
    0 comments

    Sayang Teman Perempuan, Tinggal-Tinggalkan...

    “Sayang, sayang… kenapa kita tak pernah keluar berdua?
    Tengok diorang tu, pergi mana-mana pun berdua je, sweet kan? Kenapa kita tak macam tu?
    Kawan honey kan, nak pergi mana-mana mesti boyfriend dia temankan. Bukan setakat PAUN, nak pergi ‘potostet’ pun boyfriend dia temankan. Sweet sangat! Romantic couple! Kan? Kan sayang kan? Mesti diorang tak pernah gaduh, sweetnyeee…..

    Kenapa sayang tak nak keluar dengan honey,teman honey jalan-jalan, shopping… tak macam boyfriend lain buat kat girlfriend diorang? Sayang malu keluar dengan honey ek? Honey tau la honey tak cantik…. Hmm….”


    ***IKLAN ABIS, TAPI SEBAB TAK SANGGUP TENGOK CERITA TERSEBUT, TUKARCHANNEL***




    “Ustaz, boleh tak sebenarnya lelaki dan perempuan keluar berdua? Tak kisahlah diorangcouple ataupun tidak. Boleh tak? Keluar sebab ada urusan kerja ke, saja-saja ke, tapi tak buat apa-apa. Means tak sentuh-sentuh, just borak-borak je…”

    “Hmm… Drama sebelah tadi pun cerita pasal lelaki perempuan keluar berdua jugak”.


    **** PENONTON TERCENGANG! ****


    “Oklah, oklah, ustaz jawab insyaAllah…
    Tapi kamu nak ustaz jawab ikut ilmu ke nafsu ke exclusive?”

    “Exclusive hape plak tu ustaz?”
    “Ok satu-satu ye? Mula-mula,jawapan ikut nafsu dulu. Kalau ikut nafsu, EH, MESTILA BOLEH! BUKAN BUAT APA-APA PUN KAN??!!!?”

    “Astaghfirullah terkejut saya, ustaz ni….”
    “Hehe… mestila boleh. Kata kamu tadi diorang tak buat apa-apa pun kan? Takpelah, takkan tak boleh keluar berdua kot, nak pergi makan-makan ke, apa ke, ye dak? Lagi pulak kalau ada kerja, ada urusan, apa salahnya berdua, bukannya cakap benda bukan-bukan pun… kan?”

    “Err, ustaz tanya saya ke tu? saya nak jawab apa ni? Blurr kejap, heh….”
    “Tapi kalau jawab ikut ilmu, Nabi Muhammad SAW ajar kita untuk ‘berjaga-jaga’ dalam perhubungan antara lelaki perempuan. Didalam pergaulan sehari-hari antara lelaki dan perempuan. Disebut dalam bab muamalat, ikhtilat. Dalam satu hadith sahih,


    Daripada Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya”.

    (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

    Di dalam riwayat yang lain,


    Daripada Jabir bin Samurah berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah salah seorang daripada kalian berdua-duaan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya”.

    (Hadis Riwayat Ahmad &Tirmidzi dengan sanad yang sahih)

    Di dalam surah An-Nur surah yang ke 24 ayat yang ke 30 Allah bagitau,

    Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.”

    Ayat lepas tu Allah nasihat kaum Hawa pula untuk menjaga pandangan….
    “Sedangkan Aisyah, yang digelar Ummul Mukminin, ibu orang-orang mukmin, pun menggunakan tabir untuk menyampaikan ilmu pada para sahabat yang lelaki setelah kewafatan nabi. Para sahabat yang mempunyai iman setinggi gunung, pun mengambil langkah ‘berjaga-jaga’ dalam perhubungan antara lelaki perempuan. Bukan menyuruh bertabir, tetapi ‘berjaga-jaga’ dengan mengelakkan dari ‘berdua’. Kerana lelaki di zaman sekarang tidaklah lebih hebat dari para sahabat, perempuan pula tidaklah setanding iman Aisyah”.

    “Berdua pasti akan ada yang ketiga. Syaitan tidak menghasut playboy sahaja, ulama’ pun tidak terkecuali. Cuba bagi seorang perempuan duduk dengan seorang ulama’. Mampu beliau tahan ‘fitrah’nya selama setahun? Sebulan? Seminggu? Sehari pun masih ragu-ragu jika tiada ikatan yang halal”.

    “Kalau jawab ikut ‘exclusive’, Allah nasihatkan jangan mendekati zina bukan bermaksud jangan berbuat zina. Tetapi Allah bermaksud, jangan ‘pergi ke arahnya’. Sebab? Yang pertama, kamu akan cenderung melakukan zina. Sebab yang kedua,adalah kerana itu akan menimbulkan fitnah”.


    Cakap-cakap orang…
    Apa kata orang bila nampak lelaki perempuan berdua?
    Apa terdetik di hati orang yang melihat mereka berdua?
    Adakah orang akan tahu mereka berbincang tentang apa?
    Adakah orang akan sangka mereka cuma berbual sahaja?

    “Yang baik akan bersangka baik dengan mereka, ‘mungkin hal persatuan agaknya’…
    Tetapi yang tidak baik, apa yang difikirkan mereka?

    Inilah yang Allah nak elakkan, ‘peluang-peluang’ untuk orang mengata.’ Peluang-peluang’ untuk orang berdusta. ‘Peluang-peluang’ inilah FITNAH“.


    “Fitnah ini tidak memberi kesan pada lelaki.
    But women? Kita bercakap soal ‘exclusive’. Seorang perempuan, adalah seperti mutiara yang tersimpan kemas. Mahu menikmati ketenangannya, menyentuh emosinya, mendengar kemanjaannya, merasakan kelembutannya, HARUS NIKAH DULU!

    “Kenapa ustaz kata lelaki tidak terkesan dengan fitnah ini? Kerana lelaki bebas untuk‘touch n go’ “.

    Sudah jemu? Terpulang untuk tinggalkan, cari sahaja alasan, asalkan dapat yang baru. Yang lama konon-konon masih sayang, tapi di hadapan teman-temannya???

    “Perempuan tu ke? Ooh… aku pernah keluar berdua dengan dia dulu. Teman dia pergi shopping.”
    “Perempuan tu? Alah, senang je nak ajak dia keluar, aku pernah keluar dengan dia dulu…”
    “Perempuan tu ke? Haha… Aku dah pernah rasa dah…”
    “Perempuan tu? Alah, dia minat aku dulu.”
    “Perempuan tu??? Nampak je baik tu, bekas aku je dulu tu…”

    ” EVEN DIA TIPU DAN REKA CERITA SEKALIPUN KAWAN-KAWANNYA BUKANNYA TAHU! “


    “Di mana kaum hawa ketika itu untuk membela diri dan martabat??
    Di mana maruah, hak exclusive seorang suami terhadap isteri jika sudah begitu nilai diri?
    Lelaki… Di depan sahabat tunjuk hebat, konon dialah lelaki terdahsyat, pernah mencairkan wanita-wanita memikat.
    Perempuan… Biar dikerat empat, lelaki tersayang itulah yang paling jujur dan hebat.
    Perempuan… Biar dikerat empat, ‘kawan baik’ itulah tempat dia curhat.
    Perempuan… Biar dikerat empat, sering terlupa mana mimpi mana hakikat.

    Lelaki selagi belum jadi suami tetap ada peluang untuk ‘berpisah’.

    Kalau ditakdirkan berpisah, badan mahupun ruh, apa tinggal untuk bakal suami?
    ‘Sayang’? Dah bagi kat boyfriend.
    ‘Keluar berdua’? Dah bagi kat kawan study group.
    ‘Suara bangun tidur’? Dah bagi kat abang angkat.
    ‘Body’? Malasnya nak tutup-tutup, rimasnya pakai baju longgar-longgar.
    ‘Muka makeup’? Tiap-tiap kali dinner kot??? “


    **** TERASA PEDAS, TUKAR CHANNEL ****

    “Sayang sayang….. sayang sayang sayang?”
    ” Of course sayang…..sayang saaaaaaaaaaaaaaaaaaaayang sayang!”

    (Erk….???? Apakah? Gastric juice is over secreted, help!!! )


    **** TUKAR CHANNEL BALIK ****

    “Amatlah rugi orang yang sudah sampai kebenaran padanya namun dia menolak dengan perasaan bongkak dan benci”.

    Allah menyebut didalam al-Quran,

    35 : 24. Sesungguhnya Kami mengutus kamu dengan membawa kebenaran sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan. Dan tidak ada suatu umatpun melainkan telah ada padanya seorang pemberi peringatan.

    6 : 104. Sesungguhnya telah datang dari Tuhanmu bukti-bukti yang terang; maka barangsiapa melihat (kebenaran itu), maka (manfaatnya) bagi dirinya sendiri; dan barangsiapa buta (tidak melihat kebenaran itu), maka kemudharatannya kembali kepadanya. Dan aku (Muhammad) sekali-kali bukanlah pemelihara(mu).

    “Ustaz, lelaki memang semua macam tu ke?”
    “Mungkin tak semua, tapi perempuan kena sentiasa berjaga-jaga. Elakkanlah ‘fitnah’ kepada diri sendiri. Dan lelaki pula, harus hormat martabat dan darjat wanita, jaga dan bimbing mereka ke jalan yang benar….”


    4 comments

    Adab-adab suami terhadap isteri

    Assalamualaikum semua... ^__^

             kali ni sy nak share tentang info pasal adab suami terhadap isteri. Ramai yang terlepas pandang tentang perkara seperti ini, ataupun tau tapi x penting baginya, atau bermacam2 lagi la alasan, kerana difikirkan remeh-temeh...kepada yang telah berumah tangga, ataupun x lama lagi nak brumahtangga, atau pun yang tengah fikirkan nak kahwin tu, tambahkan lagi la ilmu agama...

    1. Mengajar dan mendidik- ilmu fardu ain kepada isterinya, terutamanya hukum berkaitan fiqah wanita. Laki² kene tau neh pasal permasalahan wanita juga. kalau x, cam mana nak menolong isteri

    2. Hendaklah menyuruh isterinya supaya tekun menunaikan solat.- jika si isteri ingkar, maka tidurlah terpisah satu hingga tiga malam, dan jika masih tidak berubah (masih ingkar) maka pukullah tapi jangan sampai mencederakan si isteri... kalau x sampai hati, nasihatkanlah dan berdoa pada Allah supaya diturunkan hidayah padanya untuk berubah...

    3. Bersabar dengan karenah isteri.- Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud: "Sesiapa yang sabar diatas perangai buruk isterinya, dia dianugerahkan oleh Allah pahala seperti yang diberikan kepada Nabi Ayub dan sesiapa (isteri) yang bersabar di atas perangai buruk suaminya nescaya dia dianugerahkan oleh Allah pahala seperti Asiyah, isteri kepada Firaun."

    4. Menegur dengan berhikmah - jika ada perbuatan isteri yang menyalahi syariat. Jika isteri telah melakukan apa² kesalahan, tegurlah secara baik dan jangan dipengaruhi dengan emosi marah.

    5. Berlemah lembut - dalam pergaulan dengan isteri. Janganlah menegur dengan cara yang kasar kerana ianya akan mengguris hati si isteri.

    6. Cemburu tidak keterlaluan. - Tidak bole hcemburu dipengaruhi oleh emosi yang berlebihan sehingga menyebabkan berlakunya sengketa.

    7. menjaga penampilan, kemas dan bersih. - Ibn Abbas berkata: "Sesungguhnya aku senang berhias untuk isteri sebagaimana aku senang jika isteri berhias untukku."

    8. Reda akan isterinya - kerana itu akan memudahkannya untuk masuk syurga.

    0 comments

    Penyejuk MARAH

          Marah merupaka tabiat atau sifat semulajadi yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada manusia. Biasanya apabila seseorang marah, dia akan bertindak di luar jangkaan. Perasaan marah boleh menjadikan jiwa seseorang itu tidak tenteram.
          Marah seseorang itu boleh jadi sifat tercela atau sifat yang terpuji. Marah terpuji adalah marah apabila agamanya dikeji dan dihina, dan sekiranya dia tidak marah pabila agamanya dikeji dan dihina, ia akan menjadi sifat tercela. Dengan sifat marah, lahirlah semangat untuk membela dan mempertahankan agama. Sekiranya kita marah kerana peribvadi kita di sakiti, maka hendaklah kita tahan kemarahan itu. Itulah sifat terpuji yangsepatutnya dimiliki oleh umat Islam.

          Dalam Islam, orang yang disebut sebagai gagah perkasa bukanlah orang yang dapat mengalahkan orang lain, tetapi orang yang paling gagah ialah orang yang dapat mengawal perasaan marahnya. Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: " Bukanlah yang gagah perkasa itu orang yang mampu merebahkan orang lain, tetapi sebenarnya orang yang gagah perkasa itu ialah orang yang mampu mengawal dirinya ketika marah.."

    Rawat MARAHMU
    1. Segera mengingati Allah
    Apabila anda dalam keadaan marah kerana disakiti oleh orang lain, maka segeralah mengingati Allah dengan menyedari keutamaan menahan marah. Sebah hadis rawayat al-Tarmizi dan Ibn Majah, daripada Mu'az bun Anas r.a, beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: "sesiapa yang menahan marah padahal ia boleh melepaskannya, maka dia akan dipanggil Allah pada hari kiamat bersama para pemimpin makhluk sehingga dipilihkan untuknya bidadari mana yang akan dikahwinkan dengannya mengikut kehendaknya."

    2. Berlindung kepada Allah
    Kita hendaklah memohon perlindungan kepada Allah daripada sifat marah kerana marah berasal daripada syaitan. Allah S.W.T berfirman dalam surah Fussilat ayat 36 yang bermaksud: " Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."

    3. Wuduk penyejuk kemarahan
    Abu Wa'il al-Qash, Abdullah bin Bujair al-Shan'ani rhm. berkata: " Kami masuk menemui Urwah bin Muhammad al-sa'di. Seorang lelaki sedang berbicara dengannya, sehingga menyebabkan beliau marah. Lantas beliau bangun dan pergi berwuduk. kemudian beliau berkata: "Ayahku menceritakan kepadaku daripada datukku Athiyyah r.a., katanya: "Rasulullah S.A.W bersabda: " Sesungguhnya kemarahan itu berpunca daripadasyaitan. Syaitan pula diciptakan daripada api. Sesungguhnya apihanya dipadamkan dengan air. Oleh sebab itu, apabila seseorang antara kamu naik marah, maka hendaklah dia berwuduk."" (Riwayat Ahmad dan Abu Daud)

    4. Diam merawat kemarahan
    Sekiranya anda sedang marah, sebaiknya anda diam. seperti sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad yang bermaksud: "Jika seseorang daripada kamu marah, maka hendaklah dia diam." Diam dalam perkara ini adalah sebahagian daripada iman.

    5. Duduk dan berbaring
    Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad daripada Abu Zar bahawa pada waktu itu beliau sedang minum di kolahnya, lalu datang suatu kaum seraya berkata: "Siapa antara kamu yang berani menggangu Abu Zar dan mengambil beberapa helai rambut dikepalanya?" Salah seorang berkata: "Saya!"
    Lalu orang itu datang mengeruhkan kolah dan memukulnya. Pada ketika itu Abu Zar yang sedang berdiri lalu duduk, kemudian berbaring.
    Beliau ditanya: "Wahai Abu Zar, mengapa kamu duduk kemudian berbaring?" Dia menjawab: "Sesungguhnya Rasulullah S.A.W bersabda kepada kami: "Jika salah seorang antara kamu marah, sedangkan ia ketika itu berdiri, hendaklah ia duduk. Jika kemarahannya  dapat hilang dengan duduk (cukuplah dengan duduk). Jika tidak, hendaklah berbaring..""

    Tip² menyejukkan api kemarahan telah diajarkan kepada sahabat, dipraktikkan oleh mereka dan seterusnya disampaikan kepada generasi berikutnya. Wallahu a'lam.
    0 comments

    Bersederhana Dalam Membenci...

    Membela orang yang dicintai satu tindakan yang mulia, namun membela musuh yang sedang dizalimi jauh lebih mulia.
    sikap ini ini mencerminkan hati yang telah mampu menundukkan nafsunya kepada ketentuan hukum Allah S.W.T.

    menyentuh perkara ini, saya teringat sebuah kisah benar yang terjadi di Mesir pada masa dahulu. Ia membabitkan dua orang tokoh ulama di kota tersebut iaitu Ibn Daqiq al-'Id dan Ibn Binti al-A'zzi. Kerana sebab² tertentu, hubungan mereka penuh dengan konflik yang cukup panas.

    Suatu hari, Ibn Binti al-A'azzi melakukan kesalahan yang tidak dapat dimaafkan oleh Sultan dan wazir. Mereka lalu berpakat untuk menghukum mati ulama ini dengan mencipta tuduhan palsu yang mengatakan Ibn Binti al-A'azzi telah murtad.

    Tuduhan itu ditulis pada selembar surat yang diedar kepada setiap tokoh besar di Mesir dan telah menandatangani dan mempersetujui kandungan surat tersebut.

    Tokoh yang terakhir menerima surat itu ialah Ibn Daqiq al-'Id. Sejurus menerima surat itu Ibn Daqiq al-'Id  membaca isinya dengan teliti. Beliau tidak mengendahkan gesaan dari tokoh² yang hadir untuk nenandatangani surat itu, tetapi beliau terus membacanya isinya dengan penuh khusyuk. Andai beliau turut bersetuju, maka Ibn Binti al-A'azzi yang selama ini memusuhinya tidak akan selamat daripada hukuman mati.

    Selesai membaca, Beliau pun mengangkat kepalanya dan berkata: "tidak halal bagiku menandatangani surat ini". Kata² itu sangat mengejutkan kepada semua orang kerana mereka menyangka yang tokoh ini akan menggunakan kesempatan itu untuk menyingkirkan musuhnya selama-lamanya.

    Tiba²  salah seorang yang berada di sana merayunya dengan berkata: " Tuan, lakukanlah demi Paduka Sultan dan wazir". Lalu Ibn Daqiq al-'Id menjadi marah apabila mendengar  kata² itu, lalu beliau berkata: "Aku tidak akan ikut serta dalam membunuh seorang Muslim!".

    Sikap tegas itu telah menggagalkan konspirasi jahat itu sekaligus meninggikan nama Ibn Daqiq al-'Id dalam lembaran sejarah umat Islam hingga ke hari ini...

    Kebencian yang melampau
    Apabila kebencian kita melampaui garis Wasatiyyah, kita akan hidup dalam deraan psikologi yang sangat menyeksa. Setiap kali mendengar nama orang yang kita benci itu, fikiran kita akan menjadi keruh. Jika seseorang memujinya, hati kita akan terbakar.
    Hati kita dipenuhi pelbagai sangkaan buruk setiap kali kita melihat orang yang kita benci itu melakukan atau mengucapkan sesuatu. Kita sukar percaya bahawa ia mampu berbuat baik, bahkan mampu berniat baik.
    Kita tidak dapat menerima hakikat bahawa setiap orang memiliki kelebihan walau sekecil manapun, kita lebih tidak boleh menerima jika orang lain mengetahui kelebihan itu. Kita akan sibuk membuka aib dan keburukan orang itu untuk menutup mata semua orang  daripada melihat kebaikannya.

    Pada tahap yang lebih parah, kita bukan hanya membenci pada orang itu, malah turut membenci orang² yang ada bersamanya . Semakin bertambah orang yang kita benci, semakin kurang la jua orang yang kita boleh percayai. Akhirnya, kita hidup di tengah ramai musuh dan sedikit kawan. hati kita selalu tidak tenteram.
    Ya. Kebencian yang melampau hanya merosakkan diri sendiri. Oleh sebab itu al-Hasan al-Basri berkata: "Bersederhanalah dalam mencintai, dan moderatlah dalam membenci. Sungguh ramai orang yang binasa kerana berlebihan dalam mencintai. Dan sungguh ramai orang yang yang binasa kerana berlebihan dalam membenci" (Riwayat al-Baihaqi dalam Syu'ab al-iman)

    Ya Allah, kami meminta agar dapat menjaga keadilan dalam cinta dan benci. Dan jagalah mata hati kami daripada dibutakan oleh kedua-duanya. Benar, buta mata hati adalah seburuk-buruk musibah yang engkau timpakan kepada hamba-Mu di muka bumi ini... Amin ya rabbal'alamin...
    0 comments

    tafakur..

    Assalam...
    sy nak kongsi 1 lagu from Zikraa yang bertajuk Tafakur.. besttt~!!! Kepada sesiapa yang meminati lagu2 nasyid, enjoy it... ^_^

    0 comments

    Aku kembali menulis...

    Assalamualaikum dan salam sejahtera.... ^__^V
    Dah lama x menulis di blog ne.. huhuhuh. dah behabok! Skrg dah tiba masanya untuk diaktifkan kembali blog ini.. ^_^ InsyaAllah... Sekarang ni saya tengah bercuti.. baru je habis final exam minggu lalu.. tapi cuti x la panjang. 2 minggu ja.. hihihih. tiba2 terasa la untuk sambung balik blog nie. lagipun x da buat apa2 di rumah boring jua. Sebenarnya banyak lagi blog yang saya buat, tapi itu hanyalah untuk tujuan lain. Tujuan apa? adalah tu...hahaha :P Blog ni pun ada artikel yang sy dah delete..sebab ada masalah, so skarang nak update ja ni blog.
    Teringat exam baru ni.. fuh... :( sedehnya sy dgn mats sy.. huhuh InsyaAllah PASS!!!! tpi apa jua keputusan Ku terima dengan hati yang redha...  hihih. Lama x update blog ni pun sebab banyak keje kan... asingment,,quizz,,, revision.. studies mlm2... dan alasan yang paling kuat, agak MALAS sebelum ni hahahaha.
    O.k lah. sy akan sambung balik blog ni dengan crita2 dan info2 yang menarik. InsyaAllah...skrg ni un dah pkul 3.12am, cam besa lah... masa2 cuti ni lah jadi kelawar..ahaha
    Assalam....^_^V
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...