Facebook Twitter Delicious Stumble Upon
0 comments

Jangan Menolak Sedekah


Dari Salim bin Abdillah bin Umar dari ayahnya r.a bahawasanya Rasulullah SAW telah memberi sesuatu kepada Umar bin al-Khattab. Maka Umar berkata : "Berikanlah kepada orang yang lebih fakir daripada aku." Nabi bersabda: "Ambillah lalu kembangkan atau engkau sedekahkan. Sesuatu yang datang kepada mu dari harta ini sedangkan engkau tidak mengharap dan tidak memintanya maka ambillah dan sesuatu yang tidak datang kepada mu maka janganlah engkau ikutkan diri mu pada sesuatu itu." (Muslim)

Masyarakat moden sekarang lebih mudah dan senang bersedekah. Ini bersesuaian dengan peredaran masa yang membolehkan kita bersedekah menggunakan potongan melalui bank serta yang terbaru bersedekah atau menderma menggunakan sistem perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) menerusi telefon mudah alih. Al-Quran menyebut yang maksudnya: "Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin dan amil-amil yang mengurusnya dan orang-orang mu'allaf yang dijinakkan hatinya dan untuk hamba-hamba yang memerdekakan dirinya dan orang-orang yang berhutang dan untuk dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan dalam perjalanan). (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana." (at-Taubah:60).

Pada zaman ini tidak hairan jika dikatakan ramai manusia sanggup menipu untuk mendapatkan sedekah. Sebaliknya amat menghairankan dan jarang-jarang berlaku orang yang menolak sedekah sedangkan keadaan fizikal dan hidupnya amat memerlukan. Mereka tidak meminta jauh sekali ingin mendesak dalam mendapatkan sesuatu daripada orang lain. Dalam hal ini Islam sesungguhnya amat menggalakkan kita agar berusaha sedaya upaya untuk mencari rezeki untuk menyara kehidupan dan Islam tidak menggalakkan kita meminta sedekah. Namun seandainya sesuatu itu datang tanpa diduga atau diminta ia dianggap sebagai pemberian dan rezeki daripada Allah SWT. Terimalah ia dengan penuh kesyukuran mudah-mudahan rezeki itu akan bertambah bahkan membolehkan kita bersedekah pula kepada orang lain. Kata orang ‘tangan yang di atas itu lebih baik daripada tangan yang di bawah." Dengan perkataan lain Islam menggalakkan kita bersedekah namun Islam tidak sekali-kali menggalakkan kita menjadi orang peminta sedekah.



0 comments

6 Persoalan Hidup



Suatu hari , Imam Ghazali berkumpul dengan murid-murid. Lalu, Imam Al-Ghazali bertanya 6 soalan:

“Apa yang paling dekat dengan kita di dunia ini?”.Imam Ghazali menjelaskan bahawa yang paling dekat dengan kita ialah “mati”. Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti mati.(Ali Imran :185)

“Apa yang paling jauh dengan kita di dunia ini?”. Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa yang paling jauh denan kita adalah “masa lalu”. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak boleh kembali pada masa lalu.

“Apa yang paling besar di dunia ini”. Imam Ghazali mejelaskan yang paling besar di dunia ini ialah “nafsu” (Al-A’Raf: 179). Maka kita harus hati-hati, jangan sampi nafsu kita membawa kita ke neraka.

“Apa yang paling berat di dunia ini?”. Kata Imam Ghazali, yang paling berat adalah “memegang amanah” (Al-Ahzab : 72).
Makhluk lain semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah di bumi ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT , sehingga banyak daripada mereka masuk ke dalam neraka.

“Apa yang paling ringan di dunia ini?”. Imam Ghazali menjelaskan yang paling ringan di dunia in adalah “meninggalkan solat”. Gara-gara pekerjaan, kita tinggalkan solat.

“Apakah yang paling tajam di dunia ini?”. Imam Ghazali menjelaskan yang paling tajam di dunia ini adalah “lidah manusia”. Ini kerana, melalui lidah, manusia dengan mudah menyakiti hati dan melukai perasaan dan saudaranya.
  
"Tidak ada manusia yang sempurna, bahkan sering saja membuat dosa. Berusahalah menjadi seorang insan yang baik dan menjauhi segala perkara2 boleh menambahkan saham dosa pada kita."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...