Di zaman Rasulullah ada seorang pemuda yang bernama Alqomah, ia sangat
rajin beribadat. Suatu hari ia tiba-tiba jatuh sakit yang sangat kuat,
maka isterinya menyuruh orang memanggil Rasulullah dan mengatakan
suaminya sakit kuat dan dalam naza sakaratul maut. Apabila berita ini
sampai kepada Rasulullah, maka Rasulullah menyuruh Bilal r.a, Ali r.a,
Salamam r.a dan Ammar r.a supaya pergi melihat keadaan Alqomah. Apabila
mereka sampai ke rumah Alqomah, mereka terus mendapatkan Alqomah sambil
membantunya membacakan kalimah La-ilaa-ha-illallah, tetapi lidah Alqomah
tidak dapat menyebutnya.
Ketika para sahabat mendapati bahawa Alqomah pasti akan mati, maka
mereka menyuruh Bilal r.a supaya memberitahu Rasulullah tentang keadaan
Alqomah. Apabila Bilal sampai dirumah Rasulullah, maka bilal
menceritakan segala hal yang berlaku kepada Alqomah. Lalu Rasulullah
bertanya kepada Bilal; "Wahai Bilal apakah ayah Alqomah masih hidup?"
jawab Bilal r.a, " Tidak, ayahnya sudah meninggal, tetapi ibunya masih
hidup dan sangat tua usianya". Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata kepada
Bilal; "Pergilah kamu kepada ibunya dan sampaikan salamku, dan katakan
kepadanya kalau dia dapat berjalan, suruh dia datang berjumpaku, kalau
dia tidak dapat berjalan katakan aku akan kerumahnya".
Maka apabila Bilal sampai kerumah ibu Alqomah, lalu ia berkata seperti
yang Rasulullah kata kepadanya, maka berkata ibu Alqomah; " Aku lebih
patut pergi berjumpa Rasulullah". Lalu ibu Alqomah mengangkat tongkat
dan terus berjalan menuju ke rumah Rasulullah. Maka bertanya Nabi s.a.w.
kepada ibu Alqomah; "Terangkan kepada ku perkara yang sebenar tentang
Alqomah, jika kamu berdusta nescaya akan turun wahyu kepadaku". Berkata
Nabi lagi; "Bagaimana keadaan Alqomah?", jawab ibunya; "Ia sangat rajin
beribadat, ia sembahyang, berpuasa dan sangat suka bersedekah
sebanyak-banyaknya sehingga tidak diketahui banyaknya". Bertanya
Rasulullah; "Bagaimana hubungan kamu dengan dia?", jawab ibunya; " Aku
murka kepadanya", lalu Rasulullah bertanya; "Mengapa", jawab ibunya;
"Kerana ia patut mengutamakan aku dari isterinya, dan menurut kata-kata
isterinya sehingga ia menentangku".
Maka berkata Rasulullah; "Murka kamu itulah yang telah mengunci lidahnya
dari mengucap La iilaa ha illallah", kemudian Nabi s.a.w menyuruh Bilal
mencari kayu api untuk membakar Alqomah. Apabila ibu Alqomah mendengar
perintah Rasulullah lalu ia bertanya; "Wahai Rasulullah, kamu hendak
membakar putera ku didepan mataku?, bagaimana hatiku dapat menerimanya".
Kemudian berkata Nabi s.a.w; "Wahai ibu Alqomah, siksa Allah itu lebih
berat dan kekal, oleh itu jika kamu mahu Allah mengampunkan dosa anakmu
itu, maka hendaklah kamu mengampuninya", demi Allah yang jiwaku
ditangannya, tidak akan guna sembahyangnya, sedekahnya, selagi kamu
murka kepadanya". Maka berkata ibu Alqomah sambil mengangkat kedua
tangannya; "Ya Rasulullah, aku persaksikan kepada Allah dilangit dan kau
Ya Rasulullah dan mereka-mereka yang hadir disini bahawa aku redha pada
anakku Alqomah".
Maka Rasulullah mengarahkan Bilal pergi melihat Alqomah sambil berkata;
"Pergilah kamu wahai Bilal, lihat sama ada Alqomah dapat mengucapkan La
iilaa ha illallah atau tidak". Berkata Rasulullah lagi kepada Bilal ;
"Aku khuatir kalau kalau ibu Alqomah mengucapkan itu semata-mata kerana
pada aku dan bukan dari hatinya". Maka apabila Bilal sampai di rumah
Alqomah tiba-tiba terdengar suara Alqomah menyebut; "La iilaa ha
illallah". Lalu Bilal masuk sambil berkata; "Wahai semua orang yang
berada disini, ketahuilah sesungguhnya murka ibunya telah menghalang
Alqomah dari dapat mengucapkan kalimah La iila ha illallah, kerana redha
ibunyalah maka Alqomah dapat menyebut kalimah syahadat". Maka matilah
Alqomah pada waktu sebaik saja dia mengucap.
Maka Rasulullah s.a.w pun sampai di rumah Alqomah sambil berkata;
"Segeralah mandi dan kafankan", lalu disembahyangkan oleh Nabi s.a.w.
dan sesudah dikuburkan maka berkata Nabi s.a.w. sambil berdiri dekat
kubur; "Hai sahabat Muhajirin dan Anshar, barang siapa yang mengutamakan
isterinya daripada ibunya maka ia adalah orang yang dilaknat oleh Allah
s.w.t, dan tidak diterimanya daripadanya ibadat fardhu dan sunatnya.
"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun
akhirat...."

0 comments:
Post a Comment