Untuk dikongsi, betapa kasihnya Rasulullah kepada umatnya…..
Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik r.a berkata: Jibrail datang kepada Nabi s.a.w pada waktu yang tak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh Nabi s.a.w : “Mengapa aku melihat kau berubah muka?”
Jawab Jibrail : “Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah s.w.t menyuruh supaya dikobarkan nyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yang mengetahui bahawa neraka Jahanam itu benar, dan seksa kubur itu benar dan seksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya.”
Lalu Nabi s.a.w. bersabda : “Ya Jibrail, jelaska padaku sifat Jahanam.”
Jawabnya : “Ya, ketika Allah menjadikan Jahanam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya.”
Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, sekiranya terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.
Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, seandainya satu baju digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bimi kerana panas dan biasanya.
Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, sekiranya satu perlegangan dar rantai yang disebut dalam Al-Quran itu diletakkan d atas bukit, nescaya akan cair cair sampai bumi yang ke tujuh.
Demi Allah yang mengutus enkau dangan hak, sekiranya seorang dihujung barat terseksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panas.
Jahanam itu sangat dalam dan perhiasannya besi minumannya air panas bercampur nanah, dan pakaiannya dari potongan-potongan api.
Api nerak dan tujuh pintu, dan tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang lelaki dan perempuan.
Nabi s.aw. bertanya lagi “Apakah pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?”
Jawabnya : “Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya dibawah dari lainnya, dari pintu e pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari lain 70 kali ganda.” (yang lebih bawah adalah lebih panas)
Tanya Rasulullah s.a.w. : “Siapakah penduduk pintu-pintu itu?”
Jawab Jibrail : “Pintu terbawah untuk orang-orang munafik dan orang-orang kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat Nabi Isa a.s. serta keluarga Firaun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua untuk orang-orang musyrikin bernama Jahim. Pintu ketiga tempat orangShobi’in bernama Saqar. Pintu kempat tempat iblis dan pengikutnya dari kaum Majusi bernama Ladh. Pintu kelima untuk orang Yahudi. Pintu keenam tempat orang Nasara bernama Sa’eir.”
Kemudian Jibrail diam, segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya : “Mengapa tidak engkau terangkan penduduk ketujuh?”
Jawabnya : “Di dalamnya orang-orang yang berdosa besar dari umatmu yang sampai mati belum sempat bertaubat.”
Maka Nabi s.a.w jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala Rasulullah s.a.w. dipangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar Nabi s.a.w. membayangkan seseorang di hujung barat terseksa nescaya akan terbakar orang-orang di hujung timur kerana sangat panas Jahanam itu.
Sabda Nabi s.a.w. : “Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan aku sangat sedih, apakah ada seorang dari umatku yang akan masuk ke dalam neraka?”
Jawabnya : “Ya, iaitu orang yang berdosa besar dari umatmu.”
Kemudian Rasullah s.a.w. menangis, begitu juga Jibrail turut menangis. Kemudian Rasulullah s.a.w. masuk ke dalam rumahnya tidak keluar kecuali untuk mengerjakan solat kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang. Apabila bersolat selalu menangis dan berdoa kepada Allah. (Di petik dari kitab “Peringatan bagi yang lalai”)
Dari Hadith Qudsi :
“Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat tahan panas terik matahariKu.”
Tahukah kamu bahawa neraka Jahanam!
- Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat.
- Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
- Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
- Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
- Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
- Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
- Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
- Di bawah setiap batang pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
- Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat
- Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
- Setiap rantai diseret 70,000 malaikat
Mudah-mudahan perkara ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.
Al-Quran surah Al-Baqarah ayat 159, maksudnya :
“Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan juga petunjuk hidayat, sesudah kami menerangkannya kepada sekalian manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.”
Oleh itu, awasilah iktikad kita. Segala amalan kita haruslah sejajar dengan keredhaan Allah. Tuntutlah ilmu yang bermanfaat agar kita tahu membezakn antara keredhaan dan kekufuran. Sentiasa beristiqamah dalam melakukan ibadah terhadapNya.
Wallahuwa’lam.
0 comments:
Post a Comment