Facebook Twitter Delicious Stumble Upon

Sedarlah Dari Mimpi Duniawi

Assalamualaikum...

Marilah kita sama2 renungkan kata2 ini. Tarbiahkan diri kita semula. Semoga segala perlakuan kita semua akan sentiasa diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT pada setiap masa dan ketika.


Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
Bila hidup kita berkat, diri ini akan SELAMAT.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi MUAFAKAT.
Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi KUAT.
Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi HORMAT.
Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun TERSEKAT.
Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun MENINGKAT.
Apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi PESAT.

TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat, kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.

Ditengah-tengah itu, tempat MAKSIAT tumbuh macam KULAT.
Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat,
Ketikat itu manusia mulah mengubah TABIAT,
Ada yang jadi lalat, ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang pun makin hari makin LIAT.
Apabila sembahyang dah jadi liat, orang baik ada bertukar jadi JAHAT.
Apabila orang baik bertukar jadi jahat, orang miskin pulan nak KAYA CEPAT.
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak MATI LAMBAT.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu, telan minyak je lah minyak gamat.

YANG LAKI-LAKI, budak-budak muda pakai seluar ketat,
Semua nak TUNJUK KUAT.
Bila berjudi, PERCAYA UNSUR KURAFAT.
Tapi hidup pula yang MELARAT.
Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.

YANG PEREMPUAN, pakai mini sekerat.
Suka pakai SELUAR KETAT.
Suka sangat menunjukkan PUSAT.
Hingga tak pedulikan lagi batasan AURAT.
Pakai pula yang SINGKAT-SINGKAT.
Kata tutup aurat tapi  pakai pakaian MELEKAT dengan badan.
Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.

Bila jadi macam ini. siapa lihat pasti tercegat.
Silap gaya jadi gawat, BOHSIA BOHJAN lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat,
Bila berjumpa tangan berjabat.
Kemudian pakat lawan PELUK siapa erat.
Masa tu, NAFAS NAIK SAMPAI TERSEKAT-SEKAT,
Usah peduli AGAMA dan ADAT,
usah takut ALLAH dan MALAIKAT,
Yang penting apa kita buat?
Kita "buktilah" apa kita buat.
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat,
Apabila perut kempis dah jadi bulat,
Maka lahirlah anak-anak yang tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat,
jam tu kita tengok BAYI DIBUANG di merata tempat.
Maknyanya ketika itu, IBLIS MULA MELOMPAT-LOMPAT TANDA KEJAYAAN.
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.
Inilah dia FENOMENA MASYARAKAT KINI.



Oleh itu wahai Saudaraku dan para sahabatm
Marilah kita pakat mengingkat,
Bahawa DUNIA hari ini MAKIN SINGKAT.
Esok Atau lusa mungkin KIAMAT.
Sampai masa kita semua akan BERANGKAT!
Berangkat menuju ke negeri KIAMAT.

Disana kita akan ditanya apa yang telahh kita buat,
MASA ITU SENDIRI MAU INGATLAH.

Umurmu banyak, mana ibadatmu?
Zaman mudamu, apa yang telah mu buat?
Hartamu dapat dari mana? Hasil dari apa?
Ilmumu? adakah bermanfaat?

Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...