Facebook Twitter Delicious Stumble Upon
1 comments

Mendepani Biusan Cinta


Susahnya nak menyedarkan orang yang tengah dibuai cinta, lena dengan cinta, kerana biusan cinta. Fikirannya sudah lumpuh dan segala orang yang tidak memahaminya dikatannya BODOH.

Cinta itu bagaikan kurap, makin digaru makin sedap! Kata seekor buaya darat di kampus di hadapan kawan-kawannya. Mengapa macam kurap? Mmmm hanya orang yang lena dibius cinta saja yang merasainya. Cakap mereka sudah tidak tentu hala, nasihat sesiapa saja pun ditepisnya dengan mudah. Al-maklumlah.. sudah dibius dengan DADAH CINTA. Mabuk cintalah jadinya. Cinta… oh cinta…. Soal Cinta ini bukan soal baru.


Ikhtibar dari Cinta Zulaikha

Pernahkah kamu membaca tentang cinta Zulaikha terhadap Nabi Yusuf A.S? Sehebat-hebat cinta kamu, cinta Zulaikha lagi hebat!.  Ha, Allah S.W.T telahpun mengajar kita tentang cinta dari dulu lagi. Bercinta itu indah, tetapi harus BERHATI-HATI DENGAN CINTA. Jangan main-main~. Terlebih METER CINTA, boleh gila kita dibuatnya.

Seorang Wanita yang bergelar Zulaikha, sudah mabuk cinta bukan kepada suaminya al-Aziz, tetapi kepada anak angkatnya sendiri, Nabi Yusuf A.S. Dia sanggup melakukan apa saja demi Yusuf A.S. Diperangkapnya Yusuf hingga terfitnah anak muda yang suci bersih itu. “Apa orang faham tentang perasaanku? Apa yang kamu tahu pasal cinta? Apa yang kamu tahu tentang perasaanku terhadap Yusuf? Aku yang merasa dan aku yang menanggung semuanya!”

Suaminya memberitahu Yusuf agar melupakan peristiwa baju terkoyak di kamar, dan menasihati Zulaikha agar bertaubat kepada Allah…
“Wahai Yusuf, lupakanlah hal ini, dan engkau (wahai zulaikha), mintalah ampun bagi dosamu. Sesungguhnya engkau dari orang-orang yang bersalah!” (Yusuf: 29)

Bukankah kita selalu menasihati kawan-kawan kita yang sedang leka dibuai cinta? Tetapi  ditepisnya begitu saja. Malah kita pula dimarah balik. Sampai dimaki hamun. Bukan tidak berhikmah apa yang kita cakapkan, tapi sudah mabuk cinta, fikirannya sudah melayang-layang, hilang pertimbangan. “Macam orang peminum arak, sudah mabuk, jalan pun dah tak betul.” Kata seorang yang penuh pengalaman Cinta.
Nasihat suaminya tidak dipedulikan Zulaikha, malah dia lebih nekad, mengumpulkan teman-temannya yang mengata untuk membuktikan yang cintanya tidak sembarangan.

“Dan (sesudah itu) perempuan-perempuan di Bandar (mencaci hal Zulaikha dengan) berkata: isteri al-Aziz itu memujuk hambanya (yusuf) berkehendakkan dirinya, sesungguhnya cintanya (kepada yusuf) itu sudah meresap ke dalam lipatan hatinya; Sesungguhnya kami melihatnya berada di dalam kesesatan yang nyata!” (Yusuf 12: 30)

Keinginannya yang melampau itu telah membuatkan segala rasa malu yang selama ini menutupi dirinya telah terbuka luas. “Qad syaghafaha hubba!” Ungkapan dari al-Quran tentang manusia yang mabuk cinta.  Inilah yang kita lihat terhadap kawan-kawan kita yang sedang ghairah dengan cinta. Jangan hairan melihat kerenah mereka. Tudung tidak bertudung, janggut tidak berjanggut, mereka sudah lumpuh di alam realiti. Inilah yang diberitahu Allah S.W.T : “… sesungguhnya kami melihanya berada dalam kesesatan yang nyata!” (Yusuf: 30)

“maka apabila ia (Zulaikha) mendengar cacian mereka, dia pun menjemput mereka dan menyediakan satu jamuan untuk mereka. Serta Memberi kepada setiap orang diantara mereka sebilah pisau. Lalu pada ketika itu berkatalah ia (kepada Yusuf): ‘Keluarlah di hadapan mereka.’ Maka ketika mereka melihatnya, mereka tercengang melihat kecantikan parasnya, dan dengan tidak sedar melukakan tangan mereka sambil berkata: ‘Jauhnya Allah daripada kekurangan! Ini bukanlah seorang manusia, ini tidak lain malaikat yang mulia!’ “ (Yusuf: 31)

Teman-teman yang dikumpulkan Zulaikha juga terpukai meliha Yusuf A.S. Bukan sahaja mereka tidak dapat melarikan pandangan mereka dari Yusuf A.S, tetapi telah melukakan tangan mereka sendiri, tanpa disedari. Itulah yang Zulaikha ingin mereka rasakan, supaya mereka faham biusan cinta Zulaikha terhadapa Yusuf A.S.
“ (Zulaikha) berkata: ‘inilah orangnya yang kamu tempelak aku mengenainya! Sebenarnya aku telah memujuk berkehendak dirinya, tetapi ia menolak dan berpegang teguh kepada kesuciannya; Dan demi sesungguhnya kalau ia tidak mahu ia melakukan apa yang aku suruh tentulah ia akan dipenjarakan, dan akan menjadi orang-orang yang hina’.” (Yusuf: 32)

Begitu sukar untuk menyedarkan orang yang tengah mabuk cinta. Apa yang perlu adalah suatu keteguhan. Bagi mereka yang bersungguh-sungguh memegang iman, ketahuilah bahawa mencegah diri daripada biusan cinta harganya boleh sampai ke nilai sebuah PENJARA. Itu lah pilihan Yusuf A.S. Tidak tunduk kepada cinta dan tidak tunduk kepada paksaan. Yusuf A.S berdoa kepada Allah, andai penjara itu boleh menyelamatkannya daripada biusan cinta,  maka penjara itulah yang dipohonnya.

“Yusuf berkata: ‘Wahai Tuhanku! Aku lebih suka kepada penjara daripada apa yang perempuan-perempuan  itu ajak aku kepadanya. Dan jika engkau tidak menjauhkan tipu daya mereka,  mungkin aku akan cenderung kepada mereka, dan tergolonglah aku dari kalangan kaum yang jahil’.” (Yusuf 12: 33)

Zulaikha mengambil masa yang panjang untuk sedar dari kesesatannya, sesat dalam dosa. Kebenaran Yusuf A.S akhirnya diperakuinya dan Zulaikha akhirnya bertaubat kepada Allah… seperti yang terungkap dalam surah Yusuf ayat 51, “… berkatalah isteri pembesar itu; ‘Sekarang telah nyata kebenaran, akulah yang mahukan dia; dan sesungguhnya ia (adalah) dari golongan orang-orang yang benar’.”

NASIHAT KEPADA YANG SEDANG MABUK CINTA.

Sesungguhnya cinta itu besar, jangan diremehkan cinta. Jika disalah gunakan akan mengundang bencana kemusnahan yang besar. Hari ini, segala yang ada disekitarmu, merangsang diri untuk tunduk kepada desakan TREND masa kini. Jalan untuk cinta dosa dan zina terbentang luas, berbanding jalan taat kepadaNya yang penuh liku. Maka, peliharalah dirimu seperti semangat yang ada pada Yusuf A.S, jagalah kesucian dirimu dengan bersungguh-sungguh dengan berpegang pada tali Allah S.W.T, jangan lah berdolak-dalik sekali dua saja sudah dikatakan berusaha.


Bagi yang telah mabuk cinta, tidak mudah untuk kita berkomunikasi dengan mereka, tetapi berusahalah sedaya yang mampu sahaja. Berikan masa kepada mereka dan menjadi sebahagian daripada penawarnya, untuk menyedarkan mereka dari kesesatan.

Berhati-hatilah pada PERMAINAN CINTA. Kita tidak tahu apa yang ada di hadapan sana… 





0 comments

Hukum Guna Pelaris Dalam Berniaga


Semakin ramai peniaga terutamanya peniaga makanan, tak kita lah restoran ataupun gerai-gerai tepi jalan, yang menggunakan pelaris supaya kedai mereka menjadi idaman semua orang, dan makanan mereka laris dijual. Walaupun kurang sedap, tapi hampir setiap hari ramai. mengapa? Adakah menggunakan pelaris ini dibolehkan? Halal kah? adakah makanan itu masih halal, ataupun dah jadi haram? Orang yang tidak tahu (termasuk saya) mengenai kedai itu, adakah menggunakan pelaris atau tidak, sudah menjadi mangsa mereka. mmmm....
Perasan tak sesetengah kedai mereka gantung something kat dinding? simbol pelik ke.... mmmm

Wahai peniaga-peniaga besar dan kecil, tertuamanya dalam sektor makanan, bukankan adil dalam berniaga akan mendapat arash yang tinggi di sisi Allah s.w.t? berniagalah secara sehat dan adil... adakah pelaris itu lebih hebat kuasanya dari Allah? fikir-fikirkan lah....



ISLAM mengharuskan umatnya berjual beli. Dalam hal ini setiap peniaga sewajarnya mematuhi etika berjual beli yang ditetapkan dalam Islam. Antaranya berlaku jujur dan amanah terhadap jualan tersebut.

Isu menggunakan pelaris sebagai azimat dan tangkal dalam berjual beli adalah berdosa. Ini kerana ia bercanggah dengan akidah dan boleh membawa kepada syirik kepada Allah. Berdasarkan kepada hadis Nabi SAW yang bermaksud “Sesungguhnya jampi, tangkal, azimat dan ubat guna-guna adalah syirik.” (Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud). Oleh itu, jauhkanlah diri daripada perbuatan yang sedemikian.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-40 yang bersidang pada 9 Ogos 1996 membincangkan Khurafat dan Azimat Menurut Perspektif Islam.

Muzakarah telah memutuskan bersetuju dengan garis panduan yang telah disediakan untuk dijadikan panduan kepada orang ramai iaitu amalan penggunaan azimat atau tangkal sebagai pelindung diri seperti ilmu kebal, ilmu pengasih, ilmu pelemah hati, ilmu penjauh jin dan sebagainya yang dicampuradukkan dengan sihir adalah syirik dan menyeleweng daripada ajaran Islam.

Dalam Kitab Mastika Hadis Jilid Pertama terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia tahun 2007 ada menyebut seperti berikut:
“Tawar jampi, tangkal azimat dan ilmu pengasih adalah haram sekiranya mengandungi perkataan yang tidak difahami maknanya atau yang berdasarkan sihir atau yang memuja hantu syaitan dan jin iblis atau yang mengandungi benda-benda najis atau kotor.” (halaman 191).

Penggunaan tangkal, azimat dan sebagainya daripada ayat al-Quran atau yang mengandungi nama-nama Allah SWT atau sifat-sifat-Nya adalah tidak diharuskan menurut Abdullah Bin Mas’ud, Al-Aswad dan Abdullah bin Hakim. Dr. Yusof Al-Qardhawi memilih pendapat ini.

Justeru, para peniaga sewajarnya menjalankan perniagaan dengan bersungguh-sungguh untuk maju dan berjaya dalam kehidupan.

Usaha yang berterusan perlu dipertingkatkan dan dengan perancangan strategik selagi tidak menyalahi hukum syarak dalam berniaga. Seterusnya berdoalah kepada Allah SWT agar segala usaha yang dilakukan diberkati dan dirahmati-Nya.

0 comments

Jika Beriman Maka Sebarkan


Assalamualaikum wbt..
Wahai sahabat² seagama denganku .. Tolonglah ambil masa 3 minit untuk baca note ini . 3 minit je, tak lama pun ..

Mungkin ada yg pernah baca kisah ni tapi tak salah kalau kita ingatkan sekali lagi .. Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih … Bayangkan benda ini berlaku pada anda ..

Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yg di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah .. Tiba² masuk dua orang lelaki yg menutupi seluruh tubuhnya dengan pakaian hitam .. Tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun .. Lalu salah seorang lelaki tu bertempik “ Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu ” .. Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri .. Daripada jumlah yg 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing² termasuk Pak Iman tu .. Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata “ Ok Pak Iman , saya dah halau SEMUA yang hipokrit , sekarang bolee lah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat ” .. Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah ..

Macam mana .. Adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas .. Selain terhibur anda fikirkanlah …

“ Lawak kan , dari 1,000 orang yg mengaku dia Islam , hanya 20 yg betul-betul BERIMAN … “

“ Lawakkan berapa banyak manusia yg mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya .. Kedua lelaki hanya membawa mesin-gun .. Dia tak kata pun nak bunuh .. Tapi generasi sekarang .. Amat lemah .. Baru kena ugut terus lari lintang pukang .. Lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi .. ”

“ Lawak , ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja .. Tu pun bila time sembahyang jumaat .. Tunjuk muka kat orang kampung .. Ada tu lagi dashyat setahun 2 kali jaa .. Bila time sembahyang raya .. ”

" Lawakkan , ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al-Quran ”

“ Lawakkan , berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara , akhirat adalah tempat yang kekal , tapi berlumba² mengejar dunia .. ”

“ Lawak , kita bolee bersembang dengan boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai .. Tak cukup masa .. "

Dan lebih lawak lagi , bila kita boleh post banyak thread atau note yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel² yang berunsur agama Lawak kan ?? Kenapa ? Gelak tu kan realiti ..

Tapi yg paling lawak sekali .. Berapa orang yg lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain .. Berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca ? Berapa banyak ?? Wallahualam .. Sebarkanlah .. Tak perlu minta izin .. Moga bermanfaat .. 
0 comments

Kotor Bagaimanapun Anda, Tetap punyai Harga Diri



Suatu hari seorang penceramah terkenal membuka seminarnya dengan cara yang unik.

Sambil memegang wang RM100, dia bertanya kepada hadirin,

“Siapa yang nak duit ini?”.

Kelihatan ramai penonton angkat tangan menunjukkan ramai yang minat.

“Saya akan berikan ini kepada salah seorang dari anda , tapi sebelumnya perkenankanlah saya buat ni dulu.”


Dia berdiri mendekati hadirin. Wang itu diramas-ramas dengan tangannya sehingga renyuk.
Lalu bertanya lagi,

“Siapa yang masih mahu duit ini?”
Jumlah tangan yang mengangkat tak berkurang.

“Baiklah,” jawabnya,

“Apa jadinya bila saya melakukan ini?”

Ujarnya sambil menjatuhkan wang itu ke lantai & melenyek-lenyekkan dgn kasutnya. Meski masih utuh, kini wang itu jadi amat kotor,lusuh dan amat renyuk.

"OK, sekarang masih ada yang berminat?”.
Tangan-tangan yang angkat ke atas masih tetap banyak.

Hadirin sekalian, Anda baru saja menghadapi sebuah pelajaran penting. Apapun yang terjadi dengan wang ini, anda masih berminat kerana apa yang saya lakukan tidak akan mengurangi nilainya.

Biarpun renyuk,lusuh dan kotor, wang ini tetap bernilai RM100 juga..

Dalam kehidupan ini, kita pernah beberapa kali terjatuh, terkoyak, dan dipenuhi kotoran akibat keputusan yang kita buat & situasi yang menerpa kita dalam sesuatu keadaan dahulu.

Dalam keadaan seperti itu, kita merasa tak berharga, tak bererti.
Padahal apapun yang telah & akan terjadi, anda tidak pernah akan kehilangan nilai di mata mereka yang mencintai anda, lebih-lebih lagi di mata Tuhan.

Jadi walau bagaimana kotor pun anda, kita masih mempunyai nilai yang tersendiri. Sayangilah diri anda, bertaubat jika membuat dosa, terus berusaha jika gagal kerana diri kita sebenarnya amat berharga.

Dan jangan terlupa kita adalah makhluk Allah yang di pandang sama, hanya iman dan takwa yang membezakan kita.
0 comments

Bersederhana Dalam Membenci


Membela orang yang dicintai satu tindakan yang mulia, namun membela musuh yang sedang dizalimi jauh lebih mulia.
sikap ini ini mencerminkan hati yang telah mampu menundukkan nafsunya kepada ketentuan hukum Allah S.W.T.

menyentuh perkara ini, saya teringat sebuah kisah benar yang terjadi di Mesir pada masa dahulu. Ia membabitkan dua orang tokoh ulama di kota tersebut iaitu Ibn Daqiq al-'Id dan Ibn Binti al-A'zzi. Kerana sebab² tertentu, hubungan mereka penuh dengan konflik yang cukup panas.

Suatu hari, Ibn Binti al-A'azzi melakukan kesalahan yang tidak dapat dimaafkan oleh Sultan dan wazir. Mereka lalu berpakat untuk menghukum mati ulama ini dengan mencipta tuduhan palsu yang mengatakan Ibn Binti al-A'azzi telah murtad.

Tuduhan itu ditulis pada selembar surat yang diedar kepada setiap tokoh besar di Mesir dan telah menandatangani dan mempersetujui kandungan surat tersebut.

Tokoh yang terakhir menerima surat itu ialah Ibn Daqiq al-'Id. Sejurus menerima surat itu Ibn Daqiq al-'Id  membaca isinya dengan teliti. Beliau tidak mengendahkan gesaan dari tokoh² yang hadir untuk nenandatangani surat itu, tetapi beliau terus membacanya isinya dengan penuh khusyuk. Andai beliau turut bersetuju, maka Ibn Binti al-A'azzi yang selama ini memusuhinya tidak akan selamat daripada hukuman mati.

Selesai membaca, Beliau pun mengangkat kepalanya dan berkata: "tidak halal bagiku menandatangani surat ini". Kata² itu sangat mengejutkan kepada semua orang kerana mereka menyangka yang tokoh ini akan menggunakan kesempatan itu untuk menyingkirkan musuhnya selama-lamanya.

Tiba²  salah seorang yang berada di sana merayunya dengan berkata: " Tuan, lakukanlah demi Paduka Sultan dan wazir". Lalu Ibn Daqiq al-'Id menjadi marah apabila mendengar  kata² itu, lalu beliau berkata: "Aku tidak akan ikut serta dalam membunuh seorang Muslim!".

Sikap tegas itu telah menggagalkan konspirasi jahat itu sekaligus meninggikan nama Ibn Daqiq al-'Id dalam lembaran sejarah umat Islam hingga ke hari ini...



Kebencian yang melampau
Apabila kebencian kita melampaui garis Wasatiyyah, kita akan hidup dalam deraan psikologi yang sangat menyeksa. Setiap kali mendengar nama orang yang kita benci itu, fikiran kita akan menjadi keruh. Jika seseorang memujinya, hati kita akan terbakar.

Hati kita dipenuhi pelbagai sangkaan buruk setiap kali kita melihat orang yang kita benci itu melakukan atau mengucapkan sesuatu. Kita sukar percaya bahawa ia mampu berbuat baik, bahkan mampu berniat baik.
Kita tidak dapat menerima hakikat bahawa setiap orang memiliki kelebihan walau sekecil manapun, kita lebih tidak boleh menerima jika orang lain mengetahui kelebihan itu. Kita akan sibuk membuka aib dan keburukan orang itu untuk menutup mata semua orang  daripada melihat kebaikannya.



Pada tahap yang lebih parah, kita bukan hanya membenci pada orang itu, malah turut membenci orang² yang ada bersamanya . Semakin bertambah orang yang kita benci, semakin kurang la jua orang yang kita boleh percayai. Akhirnya, kita hidup di tengah ramai musuh dan sedikit kawan. hati kita selalu tidak tenteram.
Ya. Kebencian yang melampau hanya merosakkan diri sendiri. Oleh sebab itu al-Hasan al-Basri berkata: "Bersederhanalah dalam mencintai, dan moderatlah dalam membenci. Sungguh ramai orang yang binasa kerana berlebihan dalam mencintai. Dan sungguh ramai orang yang yang binasa kerana berlebihan dalam membenci" (Riwayat al-Baihaqi dalam Syu'ab al-iman)

Ya Allah, kami meminta agar dapat menjaga keadilan dalam cinta dan benci. Dan jagalah mata hati kami daripada dibutakan oleh kedua-duanya. Benar, buta mata hati adalah seburuk-buruk musibah yang engkau timpakan kepada hamba-Mu di muka bumi ini... Amin ya rabbal'alamin...


0 comments

Adakah Hatiku Baik?


Hati. Di dalamnya terselit pelbagai rasa suka dan duka. Tanggungjawab sekeping hati amat besar untuk diri kita.

Daripada Abu Abdullah al-Nukman bin Basyir r.a. berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : “…Ingatlah,bahawa setiap raja ada larangannya dan ingatlah,bahawa larangan Allah adalah apa-apa yang diharamkan-Nya. Ingatlah,bahawa dalam jasad itu ada segumpal daging. Jika ia baik,baiklah jasad seluruhnya. Jika ia rosak,rosaklah jasad seluruhnya. Ketahuilah,bahawa segumpal daging itu adalah hati.” (Riwayat Bukhari,Muslim dan Abu Daud)


Kadang-kadang,diri ini tertanya sendiri sesama hati. Apakah hatiku elok? Apakah hatiku baik? Sihatkah iman di hatiku? Bertenagakah takwa dalam hatiku?

Kadang-kadang,kita lebih memikirkan pandangan manusia daripada pandangan Yang Maha Esa. Kadang-kadang,pandangan manusia terhadap diri kita menghalang kita untuk melaksanakan sebaik-baik ibadah pada-Nya.

Imam al-Ghazali pernah mengatakan bahawa seseorang tidak akan dapat menjadi hamba Allah dengan sebenarnya jika masih mencintai dunia.

Allah s.w.t. mengingatkan kita : “dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan.” (Surah Al-An’am, 6:32)
Sebagai contoh,pernah seorang ustaz memberi tazkirah pada pelajarnya,akhir zaman ini,hendak tegur atau menasihati seseorang,hendak menegakkan kebenaran Islam,ibarat menggenggam bara api. Keadaan persekitaran banyak mempengaruhi dan menguasai tingkah kita.

Sebab itu kita perlukan sekeping hati yang sentiasa takut dan berasa malu untuk melakukan maksiat pada Allah. Hati kena sentiasa istiqamah. Kerana itulah, selalu kita berdoa, “Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku pada jalan agama-Mu dan ketaatan pada-Mu.”


Contoh lain,akhir zaman ni,bila kita memakai tudung labuh, berstoking, berjubah atau berbaju kurung atau baju panjang dan melintasi orang ramai yang ada dalam satu tempat tu,pasti kita akan ditegur, “Hai ustazah!” / “Tunjuk alim la tu!”  (memperli) dan lain-lain lagi. Bila kita cuba menjaga batas pergaulan,tidak berdating,tidak bercinta, kita dilabel sombong dan ketinggalan zaman.


“(iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), ‘ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia ; Maha Suci Engkau, lindungilah kami dari azab Neraka’..” (Surah al-imran : 191)




Bila kita asyik memikirkan semua pandangan negatif masyarakat pada keindahan Islam memelihara agama, pasti sukar kita hendak membuktikan betapa kita cinta pada Ilahi. Kadang-kadang, hati ni terfikir sendiri. Hati mengaku cintakan Ilahi, tapi jasad takut hendak berjuang kerana-Nya. Gara-gara ungkapan perli,hina,kita jadikan itu sebagai alasan untuk kita tidak mematuhi peraturan Allah.

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda yang bermaksud: “Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil” [Hadith Muslim no. 145]


Cuba kita singkap sirah Nabi kita, Rasulullah s.a.w. Lagi berat cubaan dan ujian yang diterima baginda. Hati kita terlalu lemah untuk menghadapi ujian berbentuk kata-kata perli. Jiwa kita terlalu sayangkan isi dunia sehingga sanggup berjauhan dengan cinta-Nya. Hati ini barangkali sudah terlalu kotor dihiasi dosa dan noda duniawi.

Duhai hati! Ingatlah! Syurga Allah itu tidak murah. Ia tersedia buat diri yang memiliki hati dan jiwa yang dipenuhi dengan iman dan takwa pada Allah. Sanggup berkorban kerana Allah. Ikhlas kerana Allah.


Duhai hati! Lapangkanlah dadamu dengan memaafkan mereka yang sering memperli, mengata dan menyakitimu. Kerana sesungguhnya, Allah telah memperlihatkan aib mereka padamu, maka sebab itulah kau mudah terasa hati. Sedang kau masih dikasihi manusia kerana Allah masih menutup aibmu.

Duhai hati! Kasihilah mereka yang jahil kerana mereka berbuat dosa dalam keadaan tidak mengetahui. Sebaliknya kau yang mengetahui pernah berbuat dosa dalam keadaan mengetahui.

Duhai hati! Sedarlah! Janganlah kau lupa! Dunia ini hanya sementara. Dunia ini penuh tipu daya. Dunia ini penjara bagimu yang berhati mukmin.

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud : “Dunia penjara orang Mukmin dan Syurga orang kafir.” (Riwayat al-Tirmizi dan al-Hakim)    


Duhai hati! Bukankah kau mahu tersenarai dalam golongan ghuraba’? Golongan kecil yang dianggap asing dan ganjil kerana masih berpegang dan mengamalkan cara hidup Islam. Ingatlah hati! Golongan itu sentiasa akan ditapis dan ditapis. Kau pasti boleh, duhai hati..! Ikhlaslah duhai hati..!

0 comments

Gantikan Kata-Kata Biasa Kepada Yang Berpahala

Kita sangat prihatin terhadap produk HALAL, contohnya ubat gigi. Nak pakai yang halal jer~. Tak nak pakai Amarika punyaaa~. Tapi kita lupa nak ambil berat perkataan HALAL yang keluar daripada mulut kita.
Marilah kita mempraktikkannya, dan membiasakannya dan muhasabahkan diriki kita selalu.... Insyaallah.. ^_^

0 comments

Wahai Jemaah Haji Yang Dikasihi...


Jangan gadaikan air matamu yangg tumpah di bumi Arafah,
Taubatmu di Muzdalifah,
Harapanmu terhadap Syurga-Nya,
di Mina, dan setiap tulus janjimu di Baitullah,
dengan mendengar nasihat-nasihat berlisankan  belitan Iblis dan Syaitan...

Peliharalah mabrur hajimu,
Dengan benteng iman yang kukuh,
Agar tidak mudah rapuh dan runtuh.
Ingatlah,
Setiap inci di bumi haramian yang telah engkau pijak,
Telah mewangikan akhlakmu,
Dengan 'ibrah dan hikmah.

Bawalah bersamamu harumannya sehingga kekal abadi,
Menuju syurga yang menanti,
Sebagai hadiah yang paling layak,
Buat ibadah hajimu yang mabrur,
Di sisi Tuhanmu.... Allah s.w.t....

0 comments

Kisah seorang wanita berpurdah


Kisah ini hanya sekadar perkongsian, dan bersamalah kita mengambil ikhtibar...

Kisah ini berlaku sewaktu aku di Madinah. Suatu hari aku berjalan melalui pasar pada suatu petang bila,sebaik saja muazzin melaungkan azan, pandanganku jatuh pada belakang seorang wanita. Wanita itu ganjil cantiknya, walaupun berbaju abaya penuh hitam, purdah merentang kepala dan wajahnya, wanita itu berpaling kepadaku seolah-olah tahu bahawa aku merenungnya, dan wanita itu memberikanku anggukan kecil tapi bermakna sebelum wanita itu berpusing di satu sudut menuju ke lorong penjual sutera.

Bagaikan terkena panahan halilintar, aku serta-merta tertarik, hatiku terpukau dengan pandangan wanita itu. Dalam kepayahan aku berdebat dengan hatiku, memberikan satu alasan demi satu alasan untuk meneruskan langkahku ke masjid -bukan kah masanya telah tiba untuk solat?- tapi perdebatan itu telah tamat: tiada apa yang boleh dilakukan tapi mengikut wanita tersebut. 

Aku bergegas mengejar wanita itu, nafasku pantas mengah, wanita itu tanpa disangka mempercepatkan langkahnya, dan sekarang pun telah berada jauh beberapa kedai di hadapan. Dia memaling wajahnya seketika padaku, terasa kudapat melihat cahaya senyuman nakal wanita itu dibalik purdah hitam rayonnya, sambil wanita itu –adakah ini khayalanku saja?- melambaiku lagi. 


Kasihan aku pada diriku ketika itu. Akalku seolah hilang. Siapakah wanita itu? Anak perempuan satu keluarga kaya? Apa dimahunya? Aku memantaskan langk ahku dan memasuki lorong dimana wanita itu dilihatku masuk. Dan seterusnya wanita itu mengimbau aku, sentiasa dihadapan, masih tidakdapat dikejar, semakin jauh dan jauh dari mana kami mula-mula bersua. Perasaanku tambah membuak. Adakah 

wanita itu orang gila? Semakin panjang wanita itu berjalan, ke penghujung sempadan bandar itu benar-benar. 



Mentari turun dan tenggelam, dan wanita tersebut masih berada jauh di hadapanku. Sekarang, kami berada ditempat yang tidak disangka, sebuah 

perkuburan lama. Kalaulah aku siumanseperti biasa, pasti aku kan merasa 
gementar, tapi aku terfikir, tempat yang lebih ganjil dari ini biasadijadikan tempat pasangan kekasih memadu asmara. Dalam 60 langkah di antara kami aku melihat wanita itu memandang ke arahku, menunjuk arah, kemudian turun ke tangga dan melalui pintu bangunan sebuah kubur tua. Kalaulah aku tidak diamuk senyuman 
wanita itu tadi, pasti aku berhenti sebentar dan memegun masa, tapi sekarang tiada guna berpaling arah, aku menuruni tangga tersebut danmengekori wanita itu ke dalam bangunan kubur itu. 



Di dalam bilik bangunan kubur itu, kudapati wanita itu duduk di atas 

ranjang yang mewah, berpakaian serba hitam masih berpurdah, bersandar pada 
bantal yang diletak pada dinding, diterangi cahaya lilin pada dinding bilik itu. Di sebelah ranjang itu, aku terpandang sebuah lubang perigi. 



"Kuncikan pintu itu," kata wanita itu, dengan suara yang halus gemersik 

seumpama berbisik, "dan bawakan kuncinya. " Aku akur. "Buangkan kunci 
itu ke dalam perigi itu," kata wanita itu Aku tergamam sebentar, kalaulah 
ada saksi di situ, pasti saksi itu dapat melihat gamamku. "Pergilah 
buangkan," ujar wanita itu sambil ketawa, "tadi kau tidak berfikir 
panjang untuk meninggalkan solatmu untuk mengekoriku kemari?" Tempelak 
wanita itu lagi. Aku diam.

"Waktu maghrib sudah hampir selesai," kata wanita itu bernada sedikit 
menyindir . "Apa kau risaukan? Pergilah buangkan kunci itu, kau mahu aku 
memuaskan nafsumu, bukan?" Aku terus membuang kunci pintu tersebut ke dalam 
perigi, dan memerhatikan kunci itu jatuh. Perutku itu terasa bersimpul 
bila kunci itu tiada berbunyi jatuhnya ke dalam lantai perigi. Aku berasa 
kagum, kemudian takut, kemudian memahami nya. "Tiba masanya untuk 
melihat aku," kata wanita tersebut, dan dia mengangkat purdahnya untuk 
mendedahkan bukan wajah segar seorang gadis remaja, tapi kehodohan wajah 
yang mengerikan, jijik, hitam dan keji, tanpa satu zarah cahaya kelihatan pada alur kedut ketuaannya. 


" Pandang aku sungguh-sungguh," kata wanita itu lagi. "Namaku Dunia. Aku 

kekasihmu. Kau habiskan masamu mengejarku , sekarang kau telah 
mendapatiku . Didalam kuburmu. Mari. Mari." Kemudian wanita itu ketawa dan 
ketawa, sehingga dia hancur menjadi debu, dan lilin itu padam satu demi 
satu, dan kegelapan menyelubungi suasana.



Apa Yang Ada Jarang Disyukuri
Apa Yang Tiada Sering Dirisaukan
Nikmat Yang Dikecap Barukan Terasa
Bila Hilang apa Yang Diburu
Timbul Rasa Jemu
Bila Sudah Di Dalam Genggaman

Dunia Ibarat Air Laut
Diminum Hanya Menambah Haus
Nafsu Bagaikan Fatamorgana
Di Padang Pasir

Panas Yang Membahang Disangka Air
Dunia Dan Nafsu Bagai Bayang-Bayang
Dilihat Ada Ditangkap Hilang

Tuhan Leraikanlah Dunia
Yang Mendiam Di Dalam Hatiku
Kerana Di Situ Tidak Ku Mampu
Mengumpul Dua Cinta

Hanya CintaMu
Ku Harap Tumbuh
Dibajai Bangkai Dunia Yang Kubunuh
0 comments

Ehem, Boleh saya Tegur?

"adoooiiiii orang sebelah ni tak tau nak tido ker???!!! Aku nak tido pun tak dapat."...

Di rumah sebelah pula sedang bersuka ria. ketawa, menyanyi, macam ada parti pula. Al-maklumlah... orang bujang la katakan...


*** Diawal pagi esok harinya....Dalam kelas.***


" mm? Faz, tak tido ke semalam? muka dah macam panda. hahaha."

"Bukan tak nak tido, tapi orang rumah sebelah tu bising sangat. Melalak2 pula tuh. Sakit kepala aku dengar. Macam mana nak tido? pukul 3 pagi baru aku dapat  tertido. itu pun tido2 ayam..."

*** Tiba-tiba terdengar bunyi pintu, dan ucapan Assalam dari ustaz.***


"Assalamualaikum.. maaf terlambat sedikit masuk kelas. Apa khabar semua? sehat? Faz, nampak macam tak cukup tido je."

"Memang tak cukup tido pun ustaz... semalam jiran sebelah bising sangat. Selalu macam tuh. Tu yang jadi macam nih..."

"ooo... patutlah nampak macam pandah dah muka awak tuh. Kenapa tak tegur je... diorang kan boleh dikira mengganggu ketenteraman jiran-jiran lain...?"

" Semalam ada orang pergi tegur, tapi orang tu tegur marah-marah. Apa lagi, bukan jadi senyap, tambah bising pula. Ini rumah kami, suka hati kami nak buat apa! Boleh diorang cakap macam tuh... mmm"

"Bedal ramai-ramai je orang macam tuh. Tak da otak." kata wan. Kawan Faz..

"ehem, Sudah-sudah. Islam  bukan mengajar nak bergaduh. Tegurlah baik-baik. Insyaallah, yang ditegur itu boleh menerima. Kalau kita menegur cara kasar, memang lah orang pun marah..."

"Habis tu ustaz, macam mana nak tegur orang macam tuh?"

"Manusia tidak suka ditegur sebab dalam diri manusia ada perasaan EGO. Tetapi, walaupun setinggi mana ego seseorang itu, kita harus menerima teguran, ataupun menegur.
Saya teringat satu kisah. Seorang peminum arak, menegur sesuatu kepada Sayidina Umar r.a. Beliau menerima teguran tersebut. Orang yang melihat keadaan tersebut kehairanan, lalu bertanya kepada Umar r.a, "Wahai Amirul Mukminin, kenapa kamu menerima teguran dia, sedangkan dia peminum arak?" Sayidina Umar menjawab: "Ya. Dia berdosa kerana meminum arak, tetapi tegurannya kepadaku adalah benar."
Lihat contoh ini. Sayidina Umar r.a dapat menerima teguran dari orang yang teruk. Tidak mustahil juga kepada orang lain untuk dapat menerima teguran. Betul tak Faz?"

"mmmm...... betul-betul. Tapi ustaz... orang tak suka ditegur. Macam mana kita nak tegur orang?" kata Faz.

"Sebelum kita membuat teguran, ada 3 faktor yang harus kita ambil kira.
 1. Tidak merendah-rendahkan orang yang ditegur.
 2. Pilih waktu yang sesuai untuk menegur.
 3. Memahami kedudukan orang yang ditegur.
Selepas itu, barulah kita boleh menegur.. Cara kita menegur pun mestilah berhikmah. Jangan marah-marah... tegur secara lembut... Insyaallah orang pasti akan dapat menerima.
Firman Allah yang bermaksud: "Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajara yang baik, dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik." (Surah al-Nahl 16: 125)

** Semua orang mengangguk..(bersetuju) Lalu ustaz menambah lagi **

" Cuba kita bayangkan, apakah yang akan berlaku jika semua orang berkelakuan buruk dan tidak ada yang menegur? kita akan terus melakukan kelakuan itu tanpa kita sedari. Ingat, jika hari ini ada orang yang menegur sesuatu kelakuan buruk, mungkin kita dapat mengubah,  hasilnya  nasib kita juga mungkin berubah. Apatah lah jika dia seorang Islam. Hidup seorang Mukmin seharunya menjadi cermin kepada Mukmin yang lain. Jika dia memberikan kebaikan, kita harus menolong, dan jika dia melakukan kemungkaran, kita harus menegah.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Seseorang Mukmin adalah cermin bagi Mukmin yang lain. Apabila melihat aib padanya, dia segera memperbaikinya." (Riwayat al-bukhari)

"Conclusionnya, marilah kita tegur-menegur sesama kita supaya  kita menjadi umat Islam yang hebat! Berilah teguran yang ikhlas dan cara yang penuh hikmah. Betul tak ustaz?" Kata Faz.

"yup. betul tuh. ha.. nanti, kalau jiran awak tu bising lagi, tegurlah secara berhikmah ya. yang menegur tu, jangan cakap tak serupa bikin pula. heheh. Ok. dah buang masa banyak dah neh... Kita sambung bab lalu.. Bab...." Ustaz meneruskan mengajar...

*** Malam yang bising...toktoktok (bunyi pintu diketuk) ***

"Assalamualaikum.... ehem, Boleh saya tegur?" ^_^
0 comments

Sejarah Besar Dalam Bulan Ramadan

Walaupun Bulan Ramadan telah lama berlalu, saya ingin  berkongsi 6 sejarah islam yang terbesar diantara ribuan kejaayan lain, yang terjadi dalam bulan Ramadan. Sama ada kita sedar atau pun tidak,  Ramadan telah mengukir sejarah yang tersendiri dalampembinaan kejayaan jiwa insan yang benar2 menghayatinya.


  • Perang Badar berlaku pada 17 Ramadan tahun ke-2 Hijrah, dan umat Islam mencapai kejayaan.
  • Pembukaan Kota Mekkah (Fathu Makkah) berlaku pada bulan Ramadan pada tahun ke-8 Hijrah.
  • Berhala-berhala yang disembah sekian lama di sekitar Baitullah dan kota Mekkah dihancurkan pada bulan Ramadan tahun ke-8 Hijrah.
  • Kerajaan Islam menumbangkan kerajaan Parsi pada bulan Ramadan tahun 15 Hijrah.
  • Salahuddin Al-Ayubi mengalahkan tentera salib pada bulan Ramadan tahun 584 Hijrah.
  • Mesir dan Syria berjaya menewaskan Israel di semenanjung Sinai pada bulan Ramadan 1393 Hijrah.

Semoga info yang sedikit ini bermanfaat untuk kita semua.
0 comments

Video Sembang Rakyat Persenda Hukum Hudud


Begitu senang mereke mempersendakan hukum hudud dari Allah s.w.t. Fitnah yang besar bagi agam Islam adalah datangnya dari umat Islam itu sendiri, yang tidak mengenal agamanya sendiri.
Ulama diperlekehkan, dipersendakan, dan sentiasa ditolak apa saja pendapat mereka. Adakah ulama-ulama langsung tidak ada dihati pemimpin-pemimpin Malaysia kini? Sehingga seorang ulama yang mempunyai partinya sendiri teruk dicaci, dikutuk oleh orang-orang yang tidak sealiran dengannya. Sedangkan mereka juga orang Islam. Adakah kamu tidak berasa malu pabila umat islam berpecah belah, dan puak lain memandang rendah pada kita, suka dengan perbalahan sesama kita? silap haribulan Islam tidak lagi berkuasa di Malaysia.

Video sembang rakyat, benar-benar menolak hukum Allah, mempersendakan hukum hudud yang mereka katakan tidak releven di masa kini, dan hanya menambah terukkan lagi keadaan. benarkah apa yang mereka kata? kalau tidak memahami sistem hudud itu dengan jelas, jangan terus mengatakan yang hudud itu tidak sesuai, dan berfikiran negatif. Fahami dulu baru kita tahu hukum hudud itu bagaimana. Yang orang tahu, didapati bersalah kerana mencuri, terus dipotong tangan. padahal sebelum menjatuhkan hukuman itu, masih banyak lagi prosedur yang boleh dijalankan untuk mengurangkan hukuman itu.


Apa nak jadi sekarang? Kepentingan agama ditolak kerana ingin memuaskan kepentingan diri sendiri..
0 comments

Islam Dihina di Hadapan White House

Setiap hari lelaki ini datang di hadapan WHITE HOUSE untuk menunaikan solat fardhunya. sebelum menunaikan solat, azan akan dilaungkannya untuk menandakan yang waktu solat telah tiba. Subhanallah. Sungguh kuat dan berani imannya untuk bersolat dihadapan orang2 kafir. Dakwah Harus dijalankan dimana saja kita berada.

tetapi, sewaktu sedang bersolawat, puak kafir akan mengganggu lelaki ini. mereka juga melemparkan salib di hadapan lelaki ini. Walaubagaimanapun, lelaki ini tetap bersolawat. Didalam keriuhan mereka mencaci lelaki ini, ada segelintir daripada mereka yang mempertahankan lelaki ini..walaupun mereka.. mungkin bukan Islam.
Saksikanlah Video ini... lihat bagaimana perangai2 buruk kafir ini menghina,



Jika umat Islam masa kini sekuat iman lelaki ini, sudah tentu Islam dipandang tinggi dan disegani oleh orang kafir.
Subhanallah!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...