"adoooiiiii orang sebelah ni tak tau nak tido ker???!!! Aku nak tido pun tak dapat."...
Di rumah sebelah pula sedang bersuka ria. ketawa, menyanyi, macam ada parti pula. Al-maklumlah... orang bujang la katakan...
*** Diawal pagi esok harinya....Dalam kelas.***
" mm? Faz, tak tido ke semalam? muka dah macam panda. hahaha."
"Bukan tak nak tido, tapi orang rumah sebelah tu bising sangat. Melalak2 pula tuh. Sakit kepala aku dengar. Macam mana nak tido? pukul 3 pagi baru aku dapat tertido. itu pun tido2 ayam..."
*** Tiba-tiba terdengar bunyi pintu, dan ucapan Assalam dari ustaz.***
"Assalamualaikum.. maaf terlambat sedikit masuk kelas. Apa khabar semua? sehat? Faz, nampak macam tak cukup tido je."
"Memang tak cukup tido pun ustaz... semalam jiran sebelah bising sangat. Selalu macam tuh. Tu yang jadi macam nih..."
"ooo... patutlah nampak macam pandah dah muka awak tuh. Kenapa tak tegur je... diorang kan boleh dikira mengganggu ketenteraman jiran-jiran lain...?"
" Semalam ada orang pergi tegur, tapi orang tu tegur marah-marah. Apa lagi, bukan jadi senyap, tambah bising pula. Ini rumah kami, suka hati kami nak buat apa! Boleh diorang cakap macam tuh... mmm"
"Bedal ramai-ramai je orang macam tuh. Tak da otak." kata wan. Kawan Faz..
"ehem, Sudah-sudah. Islam bukan mengajar nak bergaduh. Tegurlah baik-baik. Insyaallah, yang ditegur itu boleh menerima. Kalau kita menegur cara kasar, memang lah orang pun marah..."
"Habis tu ustaz, macam mana nak tegur orang macam tuh?"
"Manusia tidak suka ditegur sebab dalam diri manusia ada perasaan EGO. Tetapi, walaupun setinggi mana ego seseorang itu, kita harus menerima teguran, ataupun menegur.
Saya teringat satu kisah. Seorang peminum arak, menegur sesuatu kepada Sayidina Umar r.a. Beliau menerima teguran tersebut. Orang yang melihat keadaan tersebut kehairanan, lalu bertanya kepada Umar r.a, "Wahai Amirul Mukminin, kenapa kamu menerima teguran dia, sedangkan dia peminum arak?" Sayidina Umar menjawab: "Ya. Dia berdosa kerana meminum arak, tetapi tegurannya kepadaku adalah benar."
Lihat contoh ini. Sayidina Umar r.a dapat menerima teguran dari orang yang teruk. Tidak mustahil juga kepada orang lain untuk dapat menerima teguran. Betul tak Faz?"
"mmmm...... betul-betul. Tapi ustaz... orang tak suka ditegur. Macam mana kita nak tegur orang?" kata Faz.
"Sebelum kita membuat teguran, ada 3 faktor yang harus kita ambil kira.
1. Tidak merendah-rendahkan orang yang ditegur.
2. Pilih waktu yang sesuai untuk menegur.
3. Memahami kedudukan orang yang ditegur.
Selepas itu, barulah kita boleh menegur.. Cara kita menegur pun mestilah berhikmah. Jangan marah-marah... tegur secara lembut... Insyaallah orang pasti akan dapat menerima.
Firman Allah yang bermaksud: "Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajara yang baik, dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik." (Surah al-Nahl 16: 125)
** Semua orang mengangguk..(bersetuju) Lalu ustaz menambah lagi **
" Cuba kita bayangkan, apakah yang akan berlaku jika semua orang berkelakuan buruk dan tidak ada yang menegur? kita akan terus melakukan kelakuan itu tanpa kita sedari. Ingat, jika hari ini ada orang yang menegur sesuatu kelakuan buruk, mungkin kita dapat mengubah, hasilnya nasib kita juga mungkin berubah. Apatah lah jika dia seorang Islam. Hidup seorang Mukmin seharunya menjadi cermin kepada Mukmin yang lain. Jika dia memberikan kebaikan, kita harus menolong, dan jika dia melakukan kemungkaran, kita harus menegah.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Seseorang Mukmin adalah cermin bagi Mukmin yang lain. Apabila melihat aib padanya, dia segera memperbaikinya." (Riwayat al-bukhari)
"Conclusionnya, marilah kita tegur-menegur sesama kita supaya kita menjadi umat Islam yang hebat! Berilah teguran yang ikhlas dan cara yang penuh hikmah. Betul tak ustaz?" Kata Faz.
"yup. betul tuh. ha.. nanti, kalau jiran awak tu bising lagi, tegurlah secara berhikmah ya. yang menegur tu, jangan cakap tak serupa bikin pula. heheh. Ok. dah buang masa banyak dah neh... Kita sambung bab lalu.. Bab...." Ustaz meneruskan mengajar...
*** Malam yang bising...toktoktok (bunyi pintu diketuk) ***
"Assalamualaikum.... ehem, Boleh saya tegur?" ^_^
Indahnya Alam jika kamu berfikir...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Klik Untuk Lagu
Pesanan
Jangan terlalu mengejar kehebatan ilmu dunia, sehingga terabai ilmu yang boleh menyelamatkan kita di Sana....
Sahabat
Labels
- Tazkirah (43)
- Cerita Rohani (34)
- Hiburan (26)
- Sifat Mazmumah (10)
- Cinta (9)
- Sirah Pahlawan Islam (7)
- Fiqh Info (6)
- Sifat Mahmudah (5)
- Haji (3)
- Info Sehat (2)
- Tanda Kiamat (2)
- Motivasi (1)
Blog Sirah
-
▼
2011
(49)
-
▼
December
(13)
- Mendepani Biusan Cinta
- Hukum Guna Pelaris Dalam Berniaga
- Jika Beriman Maka Sebarkan
- Kotor Bagaimanapun Anda, Tetap punyai Harga Diri
- Bersederhana Dalam Membenci
- Adakah Hatiku Baik?
- Gantikan Kata-Kata Biasa Kepada Yang Berpahala
- Wahai Jemaah Haji Yang Dikasihi...
- Kisah seorang wanita berpurdah
- Ehem, Boleh saya Tegur?
- Sejarah Besar Dalam Bulan Ramadan
- Video Sembang Rakyat Persenda Hukum Hudud
- Islam Dihina di Hadapan White House
-
▼
December
(13)
0 comments:
Post a Comment