Facebook Twitter Delicious Stumble Upon

Mengapa Sukar Mendapat Jodoh? Part-2

       Dalam "Part 1" telah saya nyatakan beberapa faktor penyumbang mengapa sukar mencari jodoh. Kali saya akan menyambung lagi isu yang sering diperkatakan oleh remaja dan insan² yang belum bertemu dengan...jodoh.

  • Fobia bercinta
        Seseorang yang menpunyai kenangan pahit dalam bercinta mugkin akan berasa serik untuk bercinta dan fobia untuk bercinta lagi. Kekecewaan yang mendalam ini akan menjadi parut dalam hati dan sukar untuk menerima seseorang lagi. Hakikatnya, cinta manusia memang cinta yang sementara dan sering mengecewakan.
       Namun sebagai manusia, kita dituntu untuk berkasih sayang sesama manusia, malah perkahwinan adalah sunah utusan Allah S.W.T. Oleh itu, kita tidak boleh membiarkan perasaan itu menguasai diri kita. Ianya hanya membuatkan kita menjadi lebih lemah untuk meneruskan kehidupan. Anggaplah setiap pengalaman pahit yang kita alami sebagai satu cara Allah mendidik kita, mematangkan kita dan menjadikan kita lebih gigih dan berjaya di masa hadapan.

  • Sifat negatif bertakhta dalam diri
3 contoh sifat negatif yang bertakhta dalam diri yang dimaksudkan disini ialah:
  1. Orang yang tidak tahu menguruskan hidupnya.
  2. Orang yang kuat bekeerja sehingga tidak bersosial langsung.
  3. Orang yang kuat melepak.
         Sifat seperti ini akan diragui oleh bakal pasangannya mengenai kemampuannya untuk menguruskan rumah tangga. Akibatnya, lambatlah dia bertemu jodoh. No.3 biasanya sindrom kehidupan orang bujang.

  • Tidak istiqamah dalam menjalinkan hubungan
          Seseorang yang sering bertukar-tukar pasangan kekasih juga sukar untuk bertemu jodoh. Sikap sebegini sebenarnya sifat yang suka mempermainkan perasaan orang lain. Apabila berkenan dengan seseorang, dia akan mendekatinya, tetapi bila ada orang lain yang lebih memikat hatinya, dia akan beralih kepada orang itu pula. Rasulullah S.A.W pernah bersabda bahawa doa orang yang teraniaya makbul.

  • Tidak sabar
          Sifat tidak sabar yang boleh merendahkan kewibawaan kita. Contohnya seperti sifat yang mendorong kita untuk menyentuh pasangan kita. Itulah perspektif remaja kita pada hari ini tentang cinta. Lantas menjerumuskan mereka ke lembah maksiat. Adakah cinta bermaksud seperti itu? Islam sebagai agama yang indah tidak pernah memusuhi cinta, malah Islam sentiasa menyeru umatnya untuk saling mencintai dan menyayangi. Cinta bertambah indah dan suci apabila Islam memagarinya dengan batas syariat.

  • Kurang berusaha yang bersesuaian
          Gunakanlah apa sahaja usaha yang boleh mempertemukan diri kita dengan jodoh. Jangan memperlekehkan dengan usaha orang lain dengan mandi bunga dan sebagainya. Bagaimanapun, itu hanyalah satu usaha yang baik, hakikatnya, Allah jua yang mempertemukan kita dengan jodoh.

  • Restu ibu bapa
         Menurut Islam, persetujuan antara kedua-dua pihak merupakan perkara asas iaitu atas persetujuan calon suami dan isteri. Oleh itu, jika anak lelaki/perempuan mencari dan memilih jodohnya sendiri, keputusan berkahwin bergantung pada restu orang tua.
         Restu ibu bapa sangat penting kerana tanpa restu mereka ia membawa malapetaka dan bencana. Kebanyakkan perceraian yang berlaku boleh dikaitkan kerana ketiadaan restu ibu bapa. Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: "Redha Allah terletak pada reda ibu bapa dan kemurkaan-Nya terletak pada kemurkaan kedua-duanya (ibu bapa)." (Riwayat al-Tabarani)


  • Tidak nampak keperluan berumahtangga
Ada manusia yang kononnya mahu hidup untuk diri sendiri sahaja. Mereka mahu hidup dan bekerja untuk diri sendiri, tanpa mahu "diganggu" oleh kehadiran orang lain. Mereka yang tergolong dalam golongan seperti ini, jika mereka meninggal dunia, tiada sesiapa yang akan merasai kehilangannya dan tiada anak yang akan mendoakan kesejahteraanya di alam barzakh.




"Hai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhan-Mu yang telah menciptakan kamu
daripada seorang diri, dan daripadanya Allah telah menciptakan isterinya.
Dan daripadanya kedua-duanya Allah mengembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak.
Dan bertaqwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta 
satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim.
Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu."
(surah al-Nisa' 4: 1)

    0 comments:

    Post a Comment

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...