kali ni sy nak share tentang info pasal adab suami terhadap isteri. Ramai yang terlepas pandang tentang perkara seperti ini, ataupun tau tapi x penting baginya, atau bermacam2 lagi la alasan, kerana difikirkan remeh-temeh...kepada yang telah berumah tangga, ataupun x lama lagi nak brumahtangga, atau pun yang tengah fikirkan nak kahwin tu, tambahkan lagi la ilmu agama...
1. Mengajar dan mendidik- ilmu fardu ain kepada isterinya, terutamanya hukum berkaitan fiqah wanita. Laki² kene tau neh pasal permasalahan wanita juga. kalau x, cam mana nak menolong isteri
2. Hendaklah menyuruh isterinya supaya tekun menunaikan solat.- jika si isteri ingkar, maka tidurlah terpisah satu hingga tiga malam, dan jika masih tidak berubah (masih ingkar) maka pukullah tapi jangan sampai mencederakan si isteri... kalau x sampai hati, nasihatkanlah dan berdoa pada Allah supaya diturunkan hidayah padanya untuk berubah...
3. Bersabar dengan karenah isteri.- Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud: "Sesiapa yang sabar diatas perangai buruk isterinya, dia dianugerahkan oleh Allah pahala seperti yang diberikan kepada Nabi Ayub dan sesiapa (isteri) yang bersabar di atas perangai buruk suaminya nescaya dia dianugerahkan oleh Allah pahala seperti Asiyah, isteri kepada Firaun."
4. Menegur dengan berhikmah - jika ada perbuatan isteri yang menyalahi syariat. Jika isteri telah melakukan apa² kesalahan, tegurlah secara baik dan jangan dipengaruhi dengan emosi marah.
5. Berlemah lembut - dalam pergaulan dengan isteri. Janganlah menegur dengan cara yang kasar kerana ianya akan mengguris hati si isteri.
6. Cemburu tidak keterlaluan. - Tidak bole hcemburu dipengaruhi oleh emosi yang berlebihan sehingga menyebabkan berlakunya sengketa.
7. menjaga penampilan, kemas dan bersih. - Ibn Abbas berkata: "Sesungguhnya aku senang berhias untuk isteri sebagaimana aku senang jika isteri berhias untukku."
8. Reda akan isterinya - kerana itu akan memudahkannya untuk masuk syurga.
Lawat gang wasaber.. Follow u~ Jom tgk blog aku anak mak~ =)
http://renunganask.blogspot.com/