Facebook Twitter Delicious Stumble Upon

Aku Dibius Cinta?


"Bodoh punya batu, kenapa kau langgar kekasih aku?" Marah seorang lelaki kepada seketul batu yang 'melanggar ' buah hatinya.
"Oh Abang... biarpun baju Abang masam, masam itulah masam-masam manis jiwaku!" kata seorang 'girlfriend' kepada 'buayafriend'nya.

Dialog diatas adalah ayat² cinta yang biasa. Biarpun bunyinya sangat luar biasa kepada manusia biasa, ia amat biasa dan perlu bagi dua belangkas yang sedang mabuk cinta. Sama ada cinta diantara dua pasangan yang belum bernikah, atau yang pengantin baru yang sedang menikmati 'honeymoon' mereka.

Memang cinta itu luar biasa. Cinta bukan sahaja buta, malah boleh membutakan lagi dan melumpuhkan mereka yang terkena panahannya.
"Aku dibius cinta!" Kata Melly Goeslow.
Kemabukkan cinta ini menyulitkan kita untuk merasionalkan perbincangan. Perbahasan² tentang do's and dont's yang dikemukakan untuk keelokkan jangka panjang cintanya,ditepis sambil pandangan melirik sebelah mata sahaja.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Dan antara tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu, Isteri² dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan diantaranya diantara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang (mawaddah) dan belas kasihan (rahmah). Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan² (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang² yang berfikir." (al-Rum: 21)

sesungguhnya mawaddah itu adalah cinta yang tumbuh, terbina dan bertambah dari semasa ke semasa di sepanjang bahtera perkahwinan dilayari. Cinta yang terbit dari satu demi satu kejayaan suami dan isteri menempuh kesukaran, kesulitan dan cabaran hubungan perkahwinan mereka. Agar bulan madu itu bulannya menjadi tahun yang berpanjangan, dan madu tidak menjadi racun. Saya mengajak setiap pasangan yang masih 'sedar' sebelum dibius cinta, agar menjawab soalan² berikut dengan jujur dan telus. Jawab dengan tenang, fikirkan satu persatu, sehari demi sehari, sebelum menabur janji menyulam kata, sebelum janji dimeterai, sebelum ikatan disahkan agama...

Soalan Perempuan kepada Pasangannya
  • Aku tidak mampu mencium baumu, mendekatimu sahaja sudah membuatkanku loya...Sabarkah engkau dengan kerenahku? Masihkah aku ini dicintaimu di kala itu?
  • Aku jadi pemarah, selalu x lalu nak makan, asyik mengeluh sakit sini sana, dan sering berduka...Sabarkah engkau dengan kelemahanku?
  • Aku lemah, sering hambar dan tiada penariknya...Masihkah aku buah hatimu?
  • Semasa kita mula berumah tangga, pasti hidup kita indah bagai di syurga, tambahan pula dan kurniaan cahaya mata...Ketika itu beban dan tekanan rumah tangga semakin bertambah, Apakah engkau masih mampu ceria?
  • Andai selepas beberapa tahun berkahwin, aku diputuskan pemeriksaan perubatan bahawa diri ini mandul dan tidak mampu memberikan cahaya mata, Apakah aku masih kekasih hatimu?
  • Jika aku ditakdirkan Allah S.W.T diuji dengan penyakit kanser, apakah engkau masih mencintaiku?



Soalan lelaki kepada pasangannya
  • Keceriaanku mungkin pudar oleh kerana tekanan kerja dan kehidupan. Aku cenderung untuk diam dan senyumanku mungkin kurang manis dan indahnya. Kurang sense of humor, dan hanya bercakap benda² yang serius sahaja...Sabarkah engkau dengan perubahanku itu nanti? Masih kuatkah cintamu padaku?
  • Tekanan hidup mungkin menyebabkan perananku sebagai suami kepadamu terjejas. Masalah mati pucuk sering menimpa lelaki yang tertekan dengan pekerjaan dan kehidupan menggugat kepuasan dirimu sebagi isteriku...Sabarkah engkau dengan keadaan itu? Terjejaskah cintamu padaku?
  • Aku menjadi seorang lelaki yang menjemukan. Aku mengharapkan dirimu sebagai insan yang akan membantu menceriakan aku...Sabarkah engkau dengan diriku?
  • Jika kerjayaku berkembang di luar jangkaan kita, engkau terpaksa berkongsi diriku dengan massa, dan aku pula selalu ke sini sana untuk bekerja, sabarkah engkau dengan suasana itu? apakah aku masih cintamu?
  • Jika aku disahkah doktor bahawa aku tidak mampu memberikan zuriat, Apakah engkau masih sudi menemaniku dalam bahtera rumah tangga kita?
  • Sekiranya rumah tangga kita diuji dengan aku ditimpa kemalangan atau strok yang melumpuhkan pergerakan fizikal serta upayaku sebagai suami, Apakah ia akan menggugat cinta kita dan mampukah engkau terus hidup di sisiku?


"... Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya."   (al-Baqarah: 286)

Ketika dibius cinta, kita menafikan segalanya, bahawa cinta dan rumah tangga kita indah semuanya, tidak akan erlaku sedemikian rupa. Tidak membuat persediaan, itulah kematian sebelum kematian. Membiarkan dirimu dibius cinta, itulah racun pemusnah cinta.
Sebelum anda dibius cinta, soallah dirimu sejauh mana anda telah bersedia...

-Saiful Islam-

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...