Assalamualaikum....
Kali ini sy nak berkongsi dengan anda semua mengenai "Mengapa sukar mendapat jodoh?". Inilah tajuk yang sering menjadi topik perbualan dalam kalangan remaja pada masa kini. Soal jodoh.
Jodoh pertemuan urusan Tuhan. Murnikan niat dan terus berihktiar merupakan kewajipan insan, muhasabah dan perbaikilah kelemahan, agar pasanganmu Allah segera dekatkan.
Antara faktor² utama mengapa sukar mendapat jodoh ialah:
Sejak azali lagi Allah telah mentakdirkan urusan hidup, jodoh pertemuan dan kematian kita. Kesukaran mencari jodoh selepas puas berusaha mungkin kerana belum sampai masanya untuk kita bertemu jodoh dalam perkiraan Allah S.W.T. Kita hendaklah berbaik sangka dengan Allah S.W.T dalam hal ini dan jangan sesekali berputus asa untuk terus berusaha.
"Jodoh di tangan Tuhan dan manusia berikhtiar mencari dan memilihnya sesuai dengan ketentuan yang ditetapkan Tuhan."
Fokus adalah doa. Jodoh tidak akan sampai jika kita asyik fokus pada benda lain. Contohnya, seseorang yang terlalu memikirkan kerjaya, lalu siang dan malamnya hanya difokuskan untuk mengejar kedudukan setinggi mungkin dalam kerjaya sehingga mengabaikan orang sekitar yang berpotensi untuk dijadikan bakal pasangan. Ataupun tidak fokus pada yang seorang sahaja. Mahu c A tapi dalam masa yang sama juga mahu c B. Bukankah kita akan berasa bingung dan susah untuk membuat keputusan? akhirnya kita tidak dapatpun antara satu. Fokuskanlah hati untuk mencari jodoh yang sebenar dengan bersungguh-sungguh.
Perasaan sama ada sudah bersedia atau belum untuk berumah tangga lahir dari dalam hati kita sendiri. Selagi hatinya mengatakan dia belum bersedia, selagi itulah seseorang itu sukar mendapat jodoh.
Orang yang terlalu memilih biasanya kerana meletakkan kriteria tertentu untuk bakal pasangannya, contohnya:
- Keturunan.
- Kekayaan.
- Warna kulit.
- Paras rupa.
- Tahap pendidikan
- Status dalam masyarakat
Kegagalan mencari orang yang mempunyai kriteria yang diinginkan menyebabkan seseorang itu lambat bertemu jodoh. Tidak salah untuk memilih dan menetapkan kriteria tetapi jangan terlalu ketat sehingga menyusahkan mencari jodoh.
Hati yang masih banyak diselaputi kebencian mugkin akan menyebabkan bakal pasangan mudah membenci. Orang yang hatinya penuh kebencian akan menghantar "gelombang benci" pada orang lain yang menyebabkan orang lain turut membencinya juga.
Ubatilah hati dengan tanamkan sifat kasih sayang kepada orang lain. Pandanglah semua orang dengan kaca mata kasih sayang dan suburkanlah sifat berburuk sangka kepada orang lain di hati kita.
Firman Allah yang bermaksud:
"Hai orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar. Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampunimu dosa-dosamu. Dan sesiapa yang mentaati Allah danRasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." (Surah al-Ahzab 33: 70-71)
Mungkin saya terlalu memilih.....mungkin